Sunday, September 27, 2009

KETUPAT PULUT




KETUPAT PULUT. Kuih tradisi masyarakat melayu di utara tanahair.
Yang lain-lain tu kuih samperit dan kuih apa tu tak kenal namalah...
Ni... masa pi beraya 6 di rumah sahabat lama dulu. Banyak tahun dah tak pernah jumpa dan dia dah jadi PENOLONG KANAN kat salah sebuah Sekolah di Daerah Baling Kedah. Seronok jumpa kawan lama Hasni dan Zuki serta yang lain-lain tu MAAF ZAHIR BATIN!

p/s: Bila nak buat REUNION?

FIRST RAYA DI AMPANGAN SEREMBAN




Keseronokan boleh dikatakan tiada. Mungkin juga sebab umur dan beberapa faktor lain yang jadikan penyebab kepada RAYA TIDAK SEINDAH MIMPI. Anak-anak pinak saudara sepupu- sepapat, cucu-cicit dan piut semua macam selamba aje. Kenapa?
Kalau dulu rasanya cukup meriah. Dengan saudara yang jauh kembali dan tetamu yang bertandang dari rumah ke rumah seolah bertandang dari hati ke hati. Mesra dan teramat mesra.
Salam diucap dan maaf bersambut dengan jiwa dan raga. Terkadang dengan syahdu, titisan air mata, tika dapat mengucup tangan ibu dan bapa. Itulah ultimate kepada Syawal, maaf bermaafan seisi keluarga. Kembali pada fitrah, kata orang sekarang 0-0. Bersih dan tiada demdam di hati dan tiada kesumat yang masih berbekas!
Kuih! apa-apa aje lah asal ada aje. Walau ada ketupat, ada lemang dan ada dodol tapi raya masih ditahap hambar. Mungkin sebab kuihpun main TUNJUK aje kot?
Meriahnya cuma stesyen TV. Raya bagai nak rak. Yang terpempan kat depan TV jangan harap untuk bertandang rumah kerumah. Ada sebekas kuih@jajan kat tangan... sampai habis siaranlah jawabnya. Dari stesyen ke stesyen dan dari channel ke channel dia bersiaran. Itulah makna raya bagi dia. Agaknyalah!
Apa-apapun SYAWAL adalah hari kemenangan membendung nafsu-nafsi yang serakah. Beruntunglah yang mendapat nikmat sekadar yang Allah ganjarkan tak kiralah yang menerima Qadr ataupun tidak, yang penting ada habuan daripada Allah. Dia dah janji amalan puasa adalah antara Dia dengan hambanya secara terus.
Yang rajin berqiamullail ada habuannya. Allah beri. Yang semangat bertadarrus dan bertadabbur ada habuannya yang Allah beri. Yang berusaha ingin meningkatkan Taqwa, Allah beri malah semua-semua amalan baik sudah tentu akan Allah beri ganjaran pahalanya. Yakinlah kerana ALLAH MAHA PEMBERI. Yang Allah enggan dan tak beri apa-apa ganjaran adalah pada hambanya yang malas mengejar taqwa, asyik bertada'REST' je. Inilah golongan yang rugi dunia akhirat. Nauzubillahiminzaliq.


p/s: PLEASE OPEN YOUR HOUSE AND PLEASE OPEN YOUR MIND! PLEASE...PLEASE...PLEASE!

Wednesday, September 16, 2009

saat- saat berakhirnya Ramadhan ini...



Dengarlah
alunan sedih serunai jerami mendayu-dayu,
rindu kasih penuh sayu
sebak-sebak, pedih cinta yang terpendam
sejak tercerai dari perdu,
induk rimbunan
Rahsia laguku, walau hampir
berdekatan, namun takkan ianya, kedengaran dan kelihatan
Ku rindu teman seorang yang bisa mengerti diri, buat memandui rohnya dengan diriku ini.
Api cintalah yang membakar, membarakan diriku
Tegukkan kasihlah yang memuncakkan cita-citaku
supaya mengerti betapa pedihnya,
hatiku kasih
Dengarlah lagu sedih alunan serunai jerami.






-MAULANA JALALUDDIN RUMI

nyatakan kerinduannya pada CINTA HAKIKI.
Ramadhan akan berpisah dan cinta kita pada TAQWA setinggi mana?

Tuesday, September 15, 2009

Dr.BADRUL AMIN dalam dhuha.




12/9/2009-sabtu.

SUBHANALLAH
WALHAMDULILLAH
WALAILAHAILLALLAH
ALLAHUAKBAR!

Zikir munajat
alunan suara Dr. Badrul Amin
sesungguhnya menyentuh jiwa.

Dapat rakam gambar dan menatap wajahnya secara dekat, timbul satu kekaguman yang cukup tinggi. Manusia yang berilmu dan beramal dengan ilmunya ini begitu tawadu' dan amat merendah diri. Senang didekati dan nasihatnya menusuk kalbu.

"KITA KENA YAKIN DENGAN AL- QUR'AN!"

- Al-Qur'an yang buatkan paradigma kita berubah.
-menjelaskan yang haq dan batil.
-Petunjuk untuk seluruh manusia.


ISLAM ITU AL- DEEN.

LUKISAN ALAM








Hari esok
mentari belum tentu
bersinar seperti ini...
dan
Embun...
terus tik...!

tik..!tik...! menitik tika datang sinar mentari

-22/ramadhan/1430h.
subuh yang hening.
12/9/2009

Monday, September 14, 2009

YATIM NESTAPA-2



Kita cuba memahami
akan kerdip mata sang nestapa itu
namun
bahu mereka yang merasa
beban hidup terlalu berat.

Dalam sendu sedih itu
kita cuba tanggalkan sedikit resah
dengan huluran sebuah simpati

ZAKAT DAN FITRAH KITA YANG WAJIB PADA TAHUN INI...
UNTUK MEREKA,
ASNAF YANG LAPAN!

YATIM NESTAPA


DALAM banyak banyak harta benda yang kita miliki kemungkinan besar, sebahagian darinya adalah HAK MEREKA!

SI YATIM NESTAPA
Di wajah mereka terselit duka
dalam dada mereka terlindung sendu
di hati mereka menggunung sengsara.

Duka dan lara
latar hidup mereka.
kemelaratan telah jatuh bersimpuh
mejadi sebuah monumen kehidupan.

Syawal ini
kita punyai tiga pasang baju, seluar, kasut
yang serba baru...
dan mereka mungkin hanya bergaya dengan sepasang baju lama, seluar lama dengan SELIPAR BARU.
mampu mereka cuma itu!












LOKASI
RUMAH ANAK YATIM/MISKIN
TAMAN BAIDURI DENGKIL

'DI SINI HATI KITA BERSATU'

Wednesday, September 9, 2009

ENJOY




5/09/2009
PESAN USTAZ TAIB AZAMUDDIN

Tolong jangan kuburkan rohani anda, kerana rohani itu ibarat jentera penggerak segala amal. Jika rohani dibiarkan mati maka inilah akibatnya:

- Hati tidak tenang.
- Hilang integriti.
- Hilang perasan kasih.

Hayatilah kesempatan yang datang pada Ramadhan ini dengan membebaskan diri daripada belenggu kekafiran.

Banyakkan amal sedekah.
Banyakkan doa.
Banyakkan bangun malam.
Inilah ciri-ciri KEHEBATAN UMAT ISLAM.


TAZKIRAH RINGKAS,
PADAT DAN
PENUH SEMANGAT.

Sunday, September 6, 2009

yang PELIK dan AJAIB







KEDUA -DUA gambar ini dirakam pada 4/09/2009. Pada awalnya cuma biasa-biasa sahaja, tidak nampak apa-apa keganjilan

waktu tersebut. Jam 7.15 pagi setelah usai kuliah subuh di musolla.Cuaca agak hening dan mega mendung dah mula berarak melatari kaki langit. Saya seperti biasa mengagah-agah muncung dSLR kearah mana-mana sudut yang terasa berkenan di hati.


Awalnya biasa sahaja tapi yang pelik bila gambar- gambar ini diupload, macam ada sedikit keganjilan pada dua keping gambar tersebut. OBJEK BULAT dan dikelilingi mega merah berlegar di sekitar padang!


Entah, tak nak timbulkan polimik, hati hanya berkata itu hanya fenomena alam yang sesekali berlaku. ALLAH MAHA BERKUASA menjadikan apa sahaja! MASYAALLAH!




- Hati hanya memikirkan di pertengahan Ramadhan ini, kemana hilangnya manusia yang ramai-ramai berkunjung ke surau atau masjid seperti di permulaan Ramadhan dulu?


Saf yang ketat dan padat dah jadi longgar dan jarang- jarang!


Saf yang penuh ketat dan sendat sampai melimpah-limpah keluar dah lompong dan ruang musolla makin berkurang dan semakin lapang!


Apakah ada lagi tawaran yang lebih hebat telah datang menandingi TAWARAN YANG ALLAH GANJARKAN kepada ummatnya diakhiran Ramadhan ini?


Wednesday, September 2, 2009

santapan jiwa...





TELAH membongkar ILHAD
dari seluruh jagat
telah memancar sinar baru
TAUHID dan
IJTIHAD...






-Ramadhan, Allah anugerahkan segala macam kebaikan. Semuanya berganda. Rugi kalau kita tak ambil peluang yang setahun sekali
datang ini. Bulan ini turunnya AL-QUR'AN yang membawa rahmat pada sekelian alam.

-LAILATULQADAR... hadiah untuk semua yang dahagakan kasih sayang ALLAH. IMMARAHkan malam-malam yang ganjil dengan beramal soleh, jangan berduyun-duyun dan bertolak--tolak di gedung beli belah yang semua orang pakat buat lawak 'lailatulkamdar' kata mereka, yang menjadi
Kelaziman orang kita di akhir Ramadhan al Mubarak.


Result seterusnya di akhir bulan. Kalau Syawal tu kita mnbdhgshentamapasajavrebdhsbvcxdre
maknanya
RAMADHAN YANG LEPAS TU GAGAL
mentarbiah diri.

...antara yang SEDAR!





SEMUA-SEMUA
yang dicipta bukan untuk tujuan yang lain-lain.
Tujuan hanya satu:
MENGABDIKAN DIRI KEPADA
PENCIPTANYA
IAITU ALLAH.


Style masing-masing,
cara dan dakwah juga masing-masing
MENUJU JALAN YANG SATU...

ALLAHUAKBAR!


-Tiba-tiba terasa diri serba kekurangan.
Amal sedikit sangat.
Ilmu akhirat sikit...
Ilmu duniapun lebih kurang aje...
Fikir sikit,
Dikir sikit,
ZIKIR lagi sedikit!

Nak dibanding dengan flora dan fauna
serta seluruhnya memang tak terbanding.
Ikut kata AHLI ZIKIR-"burung dan unggas serta tumbuh-tumbuhan sentiasa berselawat dan berzikir sehari semalam tak kurang dari seribu kali!"

-Wallahuaqlammubissawab!