Friday, October 29, 2010

branch...



RANTAI yang mengikat itu
atas nama cinta
dan
kasih- sayang
yang berbunga itu
segar dan kembang
pastinya
atas REDHA ALLAH DAN RASUL.


-semoga orang-orang di Galas dan Batu Sapi itu kenal PERMATA YANG BERKILAU
BUKAN KACA YANG MENYILAU!

hab haram?


KECELARUAN apakah yang menggaru-garu
minda orang-orang besar negara ini sehingga sanggup
memperdagangkan maruah agama?

Sedangkan yang Islam itu sendiri
tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya
mahu ditambah lagi dengan isi neraka
yang bobrok dan rosak.

Serakahnya begitu rakus benar.
gelora jiwanya begitu menggelodak pada rentak dan lagu.
warna-warna yang mempersona itu mau diangkat
menjadi medan anak-muda dan dewa -dewi
lupakan diri sebagai seorang
HAMBA KEPADA TUHAN YANG ESA!

-AWAS GENERASI AKAN DATANG DALAM BAHAYA!

Monday, October 25, 2010

Monday, October 18, 2010

salam...



Mataharipun sudah tidak mahu terang
rerumputpun tak mahu hijau lagi,

Protes diamnya
buatkan akal enggan bersuara
enggan berfikir
tentang hari esok!

Duhai angin
tiuplah...
hembuslah...
biar diam itu pergi jauh...jauh...

dan...
biarkan salam itu bersambut
dengan ucapan
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH!

Friday, October 15, 2010

Ingatan untuk wanita itu!

Engkau siat-siat kulit lelaki itu
engkau caing-caingkan isinya
menjadi makanan si hering yang lapar
tulang- belulang lelaki itu
engkau patah-patahkan
dan debu-debu tulang
yang engkau hancurkan itu
engkau tabur memenuhi dataran yang kontang amat
hanyir jadinya!

Limpa
jantung dan hati
lelaki itu engkau siat-siat
engkau ratah-ratah
dengan darah merahnya sekali engkau minum
dengan lahap dan rakus...

Maunya kamu
biar lelaki itu hilang terus...

Satu peringatan!
Yang lelaki itu akan bangun nanti
bersamanya Penghulu yang syahid
segak dan gagah di sisi
SAIDINA HAMZAH...

dan engkau
wahai wanita pemakan daging lelaki itu,
akan berada di sisi HINDUN
yang meraung dan terus meraung
menanti azab daripada AZZAWAJALLA!


(peringatan untuk wanita yang berambut kembang
kedua-dua belah yakni kiri dan kanannya.)

Sunday, October 10, 2010

TENTENTEN...


Macam-macam yang berlaku semalam
ada suka ada duka
ada gembira ada sedih
seribu satu peristiwa
atas kelahiran 10/10.2010
...
SEMUANYA ATAS KEHENDAK ALLAH.

Friday, October 8, 2010

Jangan ketawa!



Jangan kamu senyum
jangan kamu ketawa
atau cuba-cuba
untuk mengambil hati
dengan mengangkat sedikit bibir
lalu tarikkan hingga ke kedua belah telinga
kerana ...
dadaku telah kamu racun
sedang
mata dan mulutku
dipaksa senyum!

AKU HANYA PERLU
MENANGIS SEKARANG INI!

(Itulah hakikat yang telah dimaklumkan bahawa...
"aku perlu belajar mengenal mana satu OREN dan
yang mana satu EPAL!)


Thursday, October 7, 2010

kisahnya...


Lepas satu...satu!
Pelik dengan manusia begini, mau penuhkan tembolok dan nafsunya, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Harampun haramlah....tak semonggahpun tak semonggahlah, janji suatu hari nanti apa yang diimpikan berhasil.

KISAH MENGAKU DILIWAT!

Inilah halnya. Dulu Azizan Abu Bakar @ pemandu kepada orang yang kena tuduh.
Si mangkuk ni mengaku tanpa segan silu yang dia telah diliwat di tempat yang sekian...sekian...
Maka gegak gempita dan riuh-rendahlah segala macam media arus perdana, mencanangkan si kena tuduh ni blu...bla...blu ...bla. Koma sekejab pemikiran massa ketika itu. Yang waras berfikir alhamdulillah boleh menilai dengan iman, yang ada kepentingan dan tak betah berfikir macam mengiakan aje malah menjadi batu api menyalakan lagi kes aib itu. Kes kelucahan melampau menjadi isu besar dan amat menjijikkan sekali bagai ditayang-tayang kepada masyarakat.
Ibu-bapa ketika itu menjadi tidak menentu dengan fenomena tersebut. Manakan tidak bila anak-anak bawah umur tiba-tiba bercerita tentang 'kelucahan melampau' dengan begitu berselera! Aku juga salah seorang masyarakat kerdil yang panik dan malu dengan peristiwa itu.
Akhirnya aku bersama-sama gerombolan 'semut-semut hitampun' mengambil kata sepakat untuk turun kejalanraya menyatakan itu adalah 'konspirasi jahat terpilih abad ini!'
Sang Bebal terus bebal dengan hidden agendanya. Peduli apa dia dan kuasa 'Ikut Suka Aku' terus digunakan. Arakian banyaklah yang kena campak dalam penjara tanpa bicara. Dipendekkan cerita kes pertama yang melibatkan 'Pemandu Gila' itu berakhir. Kisah pertama ini dikira gagal kerana tidak begitu meyakinkan dan juga gagal mendapat kepercayaan mahkamah.


Kemudian datang kes yang kedua. Cerita yang sama dan pemainnya adalah orang yang hampir juga dengan 'orang yang kena tuduh.' Jejaka ini agak cute dan montel tak sama dengan jejaka yang awal tadi macam muka pecah pintu aje.
Dia menghadapi masalah dibontotnya. Dikhabarkan sakit dan dia pergi berjumpa doktor dan selepas itu ada seorang temannya membawa beliau ke rumah Orang Nombor 1 kini.
Setelah blu...bla...blu ...bla...pemuda yang dikenal sebagai Saiful ini tampil mengaku dia dibontoti oleh 'orang yang kena tuduh' . Untuk meyakinkan masyarakat dia membuat keberanian luarbiasa yang melampau dengan pergi bersumpah menjunjung Al-Quran di Masjid Wilayah. Pulak dah...Masyarakat ketika itu jadi makin terpempan dengan keberanian budak sakit bontot itu memanipulasi Al-Qur'an sebagai 'killer song' dia. Alhamdulillah cerita itu tak berapa meyakinkan manusia yang berfikiran waras. Dia dengan juak-juak yang membuat konspirasi teruk kena kutuk dan mereka diajar oleh masyarakat dengan memenangkan 'orang yang kena tuduh' di PRU 12 itu hari. Mereka kena pukulan TKO di Permatang Pauh!

Ingatkan kes kelucahan melampau itu akan berakhir begitu saja, rupa-rupanya mereka masih tidak berpuas hati. Mereka masih berdemdam dengan 'orang kena tuduh'. Mereka masih menggerakkan konspirasi jahat mereka. Kali ini masih mempergunakan orang yang dekat-dekat dengan orang yang kena tuduh juga! Rahimi. Siapa Rahimi tu entah, dia sebelum ni tak terkenal langsung dalam politik negara. Kini dia diangkat oleh juak-juaknya untuk menjadi 'adiwira'. Maka diapun tanpa segan-silu merah muka, membuat pengakuan bersumpah mahu mengaibkan 'orang yang kena tuduh!' Waduh....bagai mau keluar isi perut bila dia tanpa rasa malu membuat pengakuan itu. Woi! Yang pertama gagal, kedua gagal dan ketiga nipun mana orang boleh percaya dengan lakonan kamu!

-Kalau macam tu selepas ini 'orang yang dekat-dekat' dengan 'orang yang kena tuduh' akan berlumba-lumba membuat pengakuan mengaibkan 'orang yang kena tuduh' itu...agaknya laa...hahaaa....
Jangan Presiden PERKASA sudahlah sebab dia juga suatu ketika dulu pernah duduk satu SEL dengan 'orang kena tuduh' ...kekekekeee!

Tuesday, October 5, 2010

Tiba-tiba teringat...

Kisahnya lebih kurang 10 tahun yang sudah. Berkisar tentang kisah Dato' Dr Haron Din yang jatuh sakit. Beliau telah dikejarkan ke IJN namun dikhabarkan tidak mendapat layanan yang berapa sempurna. Q pun panjang sangat, akhirnya pihak beliau membuat keputusan untuk mendapat rawatan di luar negara. Negara yang menjadi pilihan keluarga beliau adalah Australia.
Entah macamana berita yang dia mau mendapat rawatan di luar negara cepat tersebar. Media arus perdana tiba-tiba jadi meroyan dan membuat cerita yang Dato Dr Haron Din tidak patriotik. Dia tidak percaya dengan doktor-doktor dalam negara dan ada yang membuat cerita sampai ke tahap menghina peribadi beliau sebagai 'pengamal perubatan alternatif'.
Di tokok tambah dengan keceluparan PM ketika itu yang sememangnya anti sangat dengan Tuan Guru , maka cerita-ceriti makin menjadi-jadi. Kesemua cerita yang terbit di semua media arus perdana bersifat menghentam Dato Dr. Haron Din. PM yang ketika itu masih gagah jadi bertambah sasau menyindir, mengherdik dan merendah-rendahkan peribadi Dr Haron...
" Awat dia tak pakai ayaq jampi ja...buat apa pi hantaq ke luaq negara, orang macam ni tak boleh pakai, bila dia sakit dia pi luaq negara. Saya buat pembedahan dulu guna doktor tempatan ja, saya yakin dengan doktor pakar tempatan...doktor yang merawat saya semua baguih-baguih belaka!"
Hari ini sang tokoh yang meroyan tak tentu kalu dah tak ada kuasa. Badan diapun dah tak sekuat dulu, dengar khabarnya sedang mendapat RAWATAN JANTUNG DI AUSTRALIA.
Harab maklum yang Australia bukan salah satu negeri dalam Malaysia!
-SEMOGA DIA CEPAT SEMBUH!

...hanya angan!


Maunya
menjadi bintang
yang bersinar walau tidak terang
...
namun
rupa-rupanya
hanya lilin yang membakar!

- kiranya
hanya lilin suratan-Nya
mungkin itulah NUR
yang ditakhdirkan.

(dedikasi untuk pejuang kebenaran)

Sunday, October 3, 2010

pautan...



"JIKA kita ikhlas terhadap Allah
maka Allah akan bersama kita
masa kita hidup mahupun mati."
- Al Syahid Sayyid Qutb.

" Ummat yang pandai menciptakan satu seni untuk mati,
maka ummat itu akan dianugerahkan oleh Allah
dengan satu ketinggian."
- Imam Hassan Al- Banna.


Dua tokoh agung yang mempunyai ketinggian budi
layak dijadikan suri teladan.

-Otakku terasa gatal dan sengal sejenak bila persoalan itu bertelingkah:
"Kesenian yang direka sekarang
hanya berkisar pada budaya hedonisma
untuk kehebatan dunia,
matinya sengsara!"

Ya Allah...
aku tidak pernah berhenti mengharap
Redhamu ...