Thursday, May 31, 2012

K.A.M.I 2

Mahu menyempurnakan hasrat yang tertangguh
juga perlukan kesabaran yang tidak kurang tingginya.

Posting ini lebih merupakan ucaptama Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah
Pensyarah Kanan di UM yang kini telah ditukarkan ke USM Kubang Kerian 1 April 2012 yang lalu kerana 'mulutnya tiada insuran!' Heheee.....

Katanya:
1- Minda kita sudah lama terdera, minda kita sudah terlalu lama sakit. Hampir 501 tahun kita hanya disogok dengan berita-berita yang rosak datang dari media primitif yang disifatkan oleh beliau sebagai 'media telaga buruk.' Media yang tidak bebas dan dicengkam oleh pengaruh kapitalis dan ahli politik.
Berita-berita yang dilaporkan kebanyakannya tidak ada nilai agama, kurang nilai falsafah bahkan hampir tiada langsung yang bersifat abadi (merujuk kepada amar makruf nahi mungkar). Sehinggakan ciri-ciri yang terkandung dalam Rukun Negara seperti; Kepercayaan kepada Negara, Kesopanan dan Kesusilaan juga telah diabaikan oleh pengamal media perdana. Massa hanya disogok dengan berita-berita hiburan yang hedonis, cerita palsu, cerita yang direka-reka tanpa hujah yang kuat malah lucah dan pornografi.  Dokumentasi juga tiada ruh untuk berbahagi-bahagi pendapat
(kerana pemerintah/penguasa melihat kritikan sebagai ancaman).
Pengamatan akademisnya terhadap krisis media di negara kita sendiri cukup menarik untuk direnung oleh masyarakat media. Mediawan, budayawan, siarawan mahupun blogger, fesbooker, twitterian dan sebagainya perlu melihat dengan matahati agar kita dapat membina atmosfera baru peradaban manusia.

Period Bersih 3.0 sudah wujud angin baru media kita kerana media yang didokong oleh gerakan dari rakyat iaitu media partisipasi sudah mendahului media institusi. Media Partisipasi yang dikawal oleh rakyat menjadi media yang cukup luarbiasa (lebih dipercayai) kerana keluhuran beritanya.


-bersambung.



Tuesday, May 15, 2012

K. A . M . I


Alhamdulillah! Bersama memanjatkan rasa sukur yang tak terhingga ke Hadrat Ilahi kerana dengan inayahNya kita masih dapat menghirup udara segar dan masih dapat menikmati segala-galanya hari ini.

Setelah tiga hari meninggalkan Hotel Nouvelle yang agam di sebelah kiri lebuhraya sibuk utara dan selatan (menghala Seremban), ada sesuatu sedang bermain dan berlegar di kelonsong minda orang-orang media baru. Brader-brader Blogger, Fesbuker dan sealiran dengannya bagai terbeban dengan satu persoalan yang tiada jawapan. Akses Media Adil dan Bebas Dalam PRU 13 nanti?
Bagaimanakah wajah adil dan bebasnya media kita-kita ini bila berhadapan dengan segala macam tekanan daripada penguasa yang tidak mesra rakyat? Bagaimanakah penerimaan masyarakat terhadap media baru ini bila berhadapan dengan semberononya media arus perdana yang pornografi sikapnya?
Pelbagai persoalan akan terus bermain dan terus menghantui pengamal media baru bahkan tandatanya itu sudah menjadi semakin besar seperti rasaksa maupun dinousor T-Rex yang ganas dan mengganas.

Saudara Lutfi Othman yang merupakan Pengerusi KAMI (Kumpulan Media Indipenden) dalam ucapan alu-aluan konvensyen ini, awal-awal lagi sudah menjangkakan sesuatu pertarungan yang hebat dan tidak munasabah akan berlaku sedikit masa lagi (merujuk pada PRU 13). Sekilas imbauan sejarah KAMI era reformasi 1998 menjalar ke peristiwa Bersih 3.0 sudah cukup untuk menafsirkan betapa angkuh dan sombongnya KDN melayan pengamal media alteratif. Begitu juga dengan media arus perdana yang total tidak bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Atas rasa pertanggungjawapan itulah beliau memohon agar 2 perkara pokok untuk diambil perhatian oleh SPR iaitu akses media bebas dan adil kepada semua parti politik yang bertanding dan tempoh minima 21 hari kempen dalam pilihanraya itu sebagai pelengkap kepada 8 tuntutan yang lebih kritikal yang dituntut oleh Bersih 3.0.


bersambung.