Wednesday, June 16, 2010

20 darjah celsius



DINGIN. Sedikit hujan yang berkabus membuatkan Bandaraya HongKong seakan berada di puncak gunung. Perjalanan sedikit terusik kerana cuaca yang begitu kurang mesra untuk kami merayap di luar kota. Hanya bergerak dalam bas yang kadang-kadang merentas perjalanan di bawah laut. Bagusnya perjalanan tidak 'macet' atau jem seperti kota KL. Meninjau-ninjau panorama hanya melalui tingkap bas ketika bersiaran amat membosankan.
Nak jumpa Jackie Chan pun tak boleh dan pergi rumah diapun tak dapat turun, sekadar melihat dari jauh sebuah rumah agam di atas bukit mengunjur mengadap pantai. Geram kami pada Jackie Chan hanya dapat dilampiaskan pada sekujur patung lilin berwajah Jackie Chan.
Sayang betul kerana tak dapat KARATE dia...heheeee!

2 comments:

  1. salam az,
    kalau dapat turun pun mungkin jackie chan takde kat rumah. Tak berani dia bila dengar kata ada gerombolan 1 malaysia datang nak test power!

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH! Chance terbaik cuma dapat lawat patung lilin berwajah Jackie Chan, itupun dengan kawalan yang cukup rapi.

    -1BAS rombongan tu terasa hampa!Heheeee...

    ReplyDelete