Friday, April 22, 2011

Cinta alamaya kasihkan Khaliq.




Diceriterakan oleh Junjungan Besar Rasulullah Salallahu alaihi wasallam kepada sahabat-sahabatnya : dinukilkan oleh Ummu Salamah Radiyallahu 'anha (isteri Rasulullah) al kisah dua orang sahabat yang beriman. Sahabat yang bisa dijadikan ikon dan suri teladan kerana sifat dan sikap mereka yang cintakan akhirat dan bencikan nikmat dunia yang sementara:

"Dua orang lelaki bersengketa tentang harta. Sedang kedua-duanya tidak mempunyai saksi dan keterangan, selain dari pengakuan masing-masing. Seorang menyatakan tentang harta itu miliknya dan seorang lagi juga mengaku harta itu kepunyaannya. Lalu kedua-duanya memohon (keputusan) Rasulullah sedang di dalam hati masing-masing mempunyai perasaan mementingkan kendiri yang kuat."

Rasulullah berbisik kepada kedua lelaki yang bersengketa itu seperti berikut :
"Sesungguhnya aku ini seorang manusia. Kamu berselisih dan memohon keputusan daripada Aku. Boleh jadi yang seorang lebih pintar dan lebih lancar bicaranya dari yang seorang lagi.
Atas alasan itu Aku memberi keputusan memenangkan yang pandai bicara, berdasarkan apa yang didengarnya. Oleh sebab itu kalau aku memenangkan seseorang tidak menurut keadaan yang sebenarnya, maka janganlah diambil sedikitpun, kerana itu bererti aku memberikan kepada orang yang menang itu sepotong api neraka."

Kedua-dua lelaki bermasalah itu, setelah mendengar bisikan kalimah daripada Rasulullah itu, bergetarlah jantung mereka dan tumbuhlah kesedaran takut kepada Allah dan seksaan azab neraka akhirat kelak. Akhirnya mereka sama-sama menangis dan masing-masing meluahkan ungkapan :
"Aku berikan kepunyaanku kepada engkau, ambillah!" Akhirnya mereka bermaaf-maafan dan rela mengagih-agihkan harta mereka masing-masing.
Sabda Nabi :
"Apabila kamu berdua mahu berbuat demikian maka bagilah dan jalankanlah yang benar itu!"

-syukur dengan nikmat iman yang dititipkan ke dalam dada oleh Pencipta.

2 comments:

  1. Waalaikumsalam :

    Terima kasih kerana sudi menbaca. yang baik daripada Allah.

    ReplyDelete