... dan nafas yang kita hembus
sedang terbang bebas
menjadi kawanan angin
bersayap lebar di angkasa.
Kita hanya berdiri
di anjung
memerhati keluar
langit yang terbuka
tanpa suara.
Ya!
Kita tak perlu suara
kerana kita saling memahami
...
Harapan;
angin akan menjadi kawan pada hujan
yang turun membasahi bumi
lantas kita cepat-cepat memohon pada Tuhan
"Semoga hujan ini hujan yang bermanfaat!"
dan Tuhan memakbulkan doa.
InsyaAllah.
* Adakala berbicara itu sekadarnya sahaja
kerana yang memahami itu keterlaluan emosinya.
No comments:
Post a Comment