Wednesday, May 12, 2010

dim sum kehidupan!

Penat buka buku... tutup buku.... tapi tidak ada yang menyentuh jiwa.
Perasaan bosan dan menyampah mula mendarat secara tiba-tiba!
Ah! Semua buku yang tebal-tebal aku campak ketepi. Rasa dah betul-betul malas untuk meneruskan niat membaca.
Aku capai buku catatan lama yang kulitnya dah agak kusam dan berdebu. Buku catatan lama yang ruang dalamnya masih banyak yang kosong. Masih tidak ada catatan yang masuk dalam buku catatan. MasyaAllah, rupanya aku dah lama tak mencatatkan apa-apa dalam diari ini. Selalunya aku kepit buku ini kemajlis-majlis ilmu. Menjenjeng kehulu-ke hilir bila ada tazkirah ataupun majlis ilmu.
"Adab orang menuntut ilmu ialah berguru. Berjumpa guru pula jangan eksyen dengan menyandar sambil pejam-pejam mata di tepi dinding atau tiang-tiang masjid. Sediakan buku catatan dan pen untuk mencatat peringatan penting. Kalau takpun rakamlah ucapan guru tersebut. Harus diingat, catatan itu suatu hari nanti akan jadi warisan yang tak ternilai!"
Aku terus membuka dan membelek catatan yang berbentuk point-point itu, lagi dan lagi dan lagi. Tangan aku terhenti pada satu catatan yang rasanya cukup ringkas.

Tazkirah subuh.
Ramadhan 12/9/2009.
Ust Dr. Kamaruzzaman.
Tajuk: CARA KAWAL EMOSI.

Berkata Yahya bin Mua'az al-Razzi.

3 perkara yang jadi habuan berguna untuk orang-orang mukmin.

A)- Apabila tidak dapat memberi kebaikan kepada orang lain, jangan pula menyusahkan dia.

B)- Apabila kita tidak sudi menyukai hatinya, jangan pula kita buatkan dia berdukacita dan gundah- gulana.

C)- Apabila kita tak suka memuji kebaikan dia, jangan pula kita mencela-cela akan dia.

Oh! Terima kasih Dr. Kamaruzzaman, walau wajahnya sudah tidak dapat diingati,
tetapi ilmu yang disampaikannya itu masih boleh dihayati.

Betullah...tak rugi kita bawa pen, kertas atau apa saja bahan untuk mencatat segala ilmu yang disampaikan oleh guru, kerana ILMU ITU EMAS!

1 comment:

  1. salam sahabatku,
    Alhamdulillah... saya pun turut mendapat ilmu hasil catatan tuan. Terima kasih!

    ReplyDelete