Monday, May 24, 2010

ke gigi pantai...




BUKAN niat mahu berlari mengejar pelangi
ataupun teruja pada warna-warni yang berseri
semua rona itu adalah seni
yang tiada pangkal akhir
semuanya itu anugerah Ilahi.

JIKA
terus bertanya pada sedan
setelah tak terjawab
persoalan tentang rindu
yang datang hanya kosong dan bolong!

Kemana mau dituju...
meranduk kabus lautan
dan berlari sepantas kura-kura?

AKHIRNYA...
yang kau temui hanyalah
SEJUK dan KAKU.

No comments:

Post a Comment