Tuesday, December 15, 2009

apa yang kita ada?



Apa lagi yang kita mau, selain dari budi bahasa yang indah, senyum yang manis dan hati yang baik?

-JIWA MENJADI LULUH SEKETIKA BILA MEMIKIRKAN TENTANG SUARA SUDAH TIDAK LAGI BERTAUT MENJADI JAMBATAN PENGHUBUNG HATI KE HATI.

Tuesday, December 8, 2009

YUSOF GAJAH....





Mr. YUSOF GAJAH. Seorang lagi manusia seni yang berjaya menghadapi tantangan dalam bidang seni. Pada awal penglibatan dalam bidang seni, aku lebih mengenali beliau sebagai seorang ilustrator buku kanak-kanak (DBP) yang melukis gambar tak ikut propotion. Lukisan tak betul, NAIVE ini telah menjulang beliau menjadi SAUDAGAR SENI yang cemerlang. Pelbagai anugerah telah digenggam oleh beliau, setahu aku hampir kesemuanya datang dari pihak luar. Apresiasi seni sememangnya lebih banyak datang dari pihak luar. Orang negara sendiri kurang menghargai bidang ini? (maaf sekiranya fakta ini agak keterlaluan!)
ABANG YUSOF, BELALAIMU MEMANG DAH PANJANG !
Belalaimu juga sudah berjaya melahirkan angkatan pelukis NAIVE baru yang hebat-hebat belaka. Salah seorang sahabat aku yang berhasil atas air tangan anda ialah ADEPUTERA. Nama beliau sudah besar sekarang!

KAWAN LAMA DI limkokwing.




SIREH @ ANOY yang kukenal seorang kartunis yang hebat. Namun kehebatan dia makin terserlah mutakhir ini. Faktor utama sebab dia genius dalam bidangnya. Degree yang dia ada walau bukan kartun tetapi masih relate dengan seni. Memang seni sudah mendarah daging dalam jiwanya. Dia sekarang menjadi tenaga pengajar tentang seni di AKADEMI yang dibiayai sepenuhnya oleh TV3. Sambil-sambil itu menjadi part timer lacturer di LIMKOKWING.
Syabas buat teman lawak, anda tidak pernah mensia-siakan bakat anugerah Allah!

Tuesday, December 1, 2009

ZENTRUM 2...




"Manusia yang menolak sebarang bentuk media baru merupakan manusia yang primitif sifatnya. Percayalah akan Sampai suatu masa nanti pen dan kertas sudah tidak setajam mata pedang....!"
-Dr. Abu Hassan Hasbullah.

ZENTRUM...


Aku nak biarkan
Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah bercerita....