Friday, April 30, 2010

rahsia hati...








Memohon maaf selepas melakukan salah,
itu perkara mudah,
menerima maaf ketika dikhianati itu,
SIFAT TERPUJI!

-Bahagialah wahai hati-hati yang tenang,
gembiralah wahai jiwa yang pasrah dengan
qada' dan qadr Allah!

Bongor...?

































FITRAH MANUSIA KETIKA SENANG, IA KUFUR!
FITRAH MANUSIA KETIKA MENDERITA,
MAHUKAN 'SUPER POWER!'

akhi muhajir...




























Terasa begitu kagum dengan kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh perantau dari Bangladesh ini. Walau kedatangan mereka hanya sebagai pinggiran untuk mengisi sedikit kekurangan dalam negara ini namun sikap dan ikhwan mereka amat terpuji.
- Kenangan bersama muhajir daripada Bangladesh ketika menziarahi majlis pembukaan 'Surau al Muhajir' di Bukit Angkat, Kajang.
Kami masyarakat tempatan dijamu dengan masakan kari kambing yang sedap dan lebih istimewa ialah MAKAN SETALAM.

Monday, April 26, 2010

purple hazard!



terbau...


























'HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG,
MANUSIA MATI MENINGGALKAN bau...!'

Friday, April 16, 2010

USTAZ DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN

































-BERTEMU SECARA JAGA!
Lewat 90an dulu hati terpempan dengan bahasa tubuhnya ketika beliau hadir di corong TV sebagai salah seorang panel dalam 'EHWAL ISLAM'. Beliau ketika itu dilihat sebagai seorang yang ada 'aura' tersendiri berada di seputar kepopularitian tokoh agama Tuan Guru Datuk Prof. Harun Din, Tuan guru Ustaz Datuk Ismail Kamus, Datuk Dr. Hassan Ali (sekadar beberapa contoh) . Intonasi suara yang lembut, perlahan dan ada kalanya nampak tegas dalam sidang ceramahnya meruntut banyak jiwa. Aku salah sorang yang tak mahu 'miss' dengan program tersebut.
Pada 14/04.2010, aku secara sedar telah bertemu dengan beliau dalam satu majlis tarbiah. Pertemuan yang bagai 'orang mengantuk dihulur bantal' amat bermakna. Dari situ lagi sekali aku dapat menilai yang inilah PEMIMPIN yang kita cari sebenarnya. Peribadinya hebat, ilmunya padat!
Antara pesan beliau kepada jemaah islam adalah seperti berikut:
1. Para ahli sebuah jemaah islam tidak perlu meragukan kredibiliti AHLI MAJLIS SYURA'
Kerana sistem syura yang diamalkan kini memang berlandas al-qur'an dan hadith rasulullah.
2. ISTIQOMAH- terutama dalam bab makruf dan jauhi munkar. Kerana dunia bukan menjadi adi-cita kita.
3. Jangan tinggal solat dan jangan tinggal solat jemaah.
4. Jangan tinggal dan lupakan Al-Qur'an- baca dan fahami maksudnya.