Friday, April 22, 2011

Cinta alamaya kasihkan Khaliq.




Diceriterakan oleh Junjungan Besar Rasulullah Salallahu alaihi wasallam kepada sahabat-sahabatnya : dinukilkan oleh Ummu Salamah Radiyallahu 'anha (isteri Rasulullah) al kisah dua orang sahabat yang beriman. Sahabat yang bisa dijadikan ikon dan suri teladan kerana sifat dan sikap mereka yang cintakan akhirat dan bencikan nikmat dunia yang sementara:

"Dua orang lelaki bersengketa tentang harta. Sedang kedua-duanya tidak mempunyai saksi dan keterangan, selain dari pengakuan masing-masing. Seorang menyatakan tentang harta itu miliknya dan seorang lagi juga mengaku harta itu kepunyaannya. Lalu kedua-duanya memohon (keputusan) Rasulullah sedang di dalam hati masing-masing mempunyai perasaan mementingkan kendiri yang kuat."

Rasulullah berbisik kepada kedua lelaki yang bersengketa itu seperti berikut :
"Sesungguhnya aku ini seorang manusia. Kamu berselisih dan memohon keputusan daripada Aku. Boleh jadi yang seorang lebih pintar dan lebih lancar bicaranya dari yang seorang lagi.
Atas alasan itu Aku memberi keputusan memenangkan yang pandai bicara, berdasarkan apa yang didengarnya. Oleh sebab itu kalau aku memenangkan seseorang tidak menurut keadaan yang sebenarnya, maka janganlah diambil sedikitpun, kerana itu bererti aku memberikan kepada orang yang menang itu sepotong api neraka."

Kedua-dua lelaki bermasalah itu, setelah mendengar bisikan kalimah daripada Rasulullah itu, bergetarlah jantung mereka dan tumbuhlah kesedaran takut kepada Allah dan seksaan azab neraka akhirat kelak. Akhirnya mereka sama-sama menangis dan masing-masing meluahkan ungkapan :
"Aku berikan kepunyaanku kepada engkau, ambillah!" Akhirnya mereka bermaaf-maafan dan rela mengagih-agihkan harta mereka masing-masing.
Sabda Nabi :
"Apabila kamu berdua mahu berbuat demikian maka bagilah dan jalankanlah yang benar itu!"

-syukur dengan nikmat iman yang dititipkan ke dalam dada oleh Pencipta.

Monday, April 18, 2011

masih di situ...




Dia masih kekal di situ
kanak-kanak berbaju jingga
tidak menggugah takhtanya.

kanak-kanak berbaju jingga
bukan apa-apa baginya
mereka-mereka itu
budak belasahan;
budak hingusan,
agenda besar mereka
hanya idamkan gula-gula
pemanis mulut...

kanak-kanak berbaju jingga...
hahahahaa....

Kanak-kanak berbaju jingga
tidak betah tentang retorika
silap yang berbaju jingga
mereka cuma berkata benar!

RAJA janggut dan misai PUTIH
lena beradu
dalam air mata
yang tak pernah berhenti mengalir...

-peringatan :
masa untuk dia pergi
sudah hampir
dia menang tapi kalah pada hakikat!

Thursday, April 14, 2011

JINGGA.





ALAM
bagaikan mengerti...
mahu berubah juga!




Monday, April 11, 2011

Sunday, April 10, 2011

Sayang Sarawak...



Ketika ini
kamu orang Sarawak sudah ada pilihan
jangan takut untuk...
UBAH! UBAH! UBAH!

Masa untuk 'dia' rebah.

Monday, April 4, 2011

buat menyapu si air mata...




Andai memohon redha mereka
nescaya mereka tidak akan redha
dengan apa yang kita lakukan
kebaikan bagi mereka
panas bagai api
kejahatan bagi mereka
sejuk bagai salji...

Akhirnya kita hanya mampu memberi tahu:

"Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah orang-orang lelaki mukmin atau mukminah perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat bagi mereka azab neraka Jahannam yang membakar."
-Al Buruj:10)

Rekaryasa fitnah yang bertali arus itu sebenarnya hanyalah untuk melemahkan kita rupanya.
Mereka amat takut jika kita merealisasikan tuntutan keimanan dan segala kepentingan nafsu-nafsi mereka akan hangus terbakar!

Inilah hasil perjuangan Islam.
Perjuangan menegakan keadilan itu
ironisnya menuntut kita untuk
gugur sebagai syahid
bukan seperti mereka
yang akan hangus dan rentung
MATI SAKIT!

Transformasi...





BEGITULAH...

Bila berhadapan dengan sang penguasa yang tidak mesra,
tulang-belulang kita ada kemungkinan akan dipatah-patahkan,
kulit-kulit kita akan disiat-siat,
dilapah-lapah...

jika kita lemah
di situ juga
kita akan ditewaskan!
Maka mudahlah untuk dia mengkafankan kita;
jika keberanian kita memuncak
lambat-launnya
dia akan tahu dimana duduknya nanti
kita akan menang...

kerana kita berjuang atas iman dan taqwa!


Coretan ketika terpempan mengadap pemimpin politik di 'Konvensyen Profesional Muda Melayu Kebangsaan 2011 di KUIS/ 2Apr 2011.

Sayugia dikenangkan;
(sedikit petikan isi dari ucaptama Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi)

Negara yang baik (membangun) dan Tuhan mengampuninya.
Pembangunannya seimbang dengan:
- Spiritual yang mantap dan tunduk kepada peraturan Tuhan yang mencipta langit dan bumi.
- Politik yang telus dan tulus.
- Ekonomi yang diagih secara adil dan saksama.
- Sosial yang sejahtera dan harmoni.

"Orang-orang yang telah kami teguhkan (dengan kuasa pemerintahan) di atas muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menegakkan al ma'aruf dan mencegah kemungkaran dan kepada Allah kembali akibat segala urusan."
(al-haj:41)

AYUH KITA : UBAH!