Wednesday, March 31, 2010

petikan SEJARAH MELAYU


































"Bahawa beta minta perbuatkan hikayat
pada Bendahara, peri persetua dan
peraturan segala raja-raja Melayu
dengan istiadatnya sekali, supaya
diketahui oleh anak cucu kita yang
kemudian daripada kita, diingatkan
oleh mereka itu, syahadan boleh
faedahlah ia daripadanya"

- ada nilai rasa dan nilai estetika.

Tuesday, March 30, 2010

melunaskan hutang...!



















Janji lama yang tertangguh
akhirnya berjaya dilunaskan.
Walau tak seberapa tapi harapan semoga
SIFU KARIKATUR SAYA
SAADON ISHAK @ DON
berpuashati dengan persembahan ini!
SELAMAT BERPOYA-POYA DI GOLDCOAST
BERSAMA FAMILI.
-indah sungguh bumi allah!

Sunday, March 28, 2010

merunduk ke bumi

































yang di atas
dan yang di bawah
itu
MAHA AKBAR!

Friday, March 26, 2010

...bintang-bintang kecil
































dalam mata mereka
yang berkaca itu
bagai ada
sebuah makna
iaitu SAYANG!

Wednesday, March 24, 2010

potrait audadi amni















KEBAIKAN
itu ialah
keindahan budi
sedang kejahatan itu
ialah apa yang meresahkannya
yang mahu diselindung,
disorok-sorok
dan disimpan semahunya!

-muslim.

al-maidah 100




Katakanlah:
TIDAK SAMA:
antara yang baik dan yang buruk itu
sekalipun kebanyakan yang buruk itu
mempersona/mengkagumkan.
Maka bertaqwalah kamu kepada
jalan ALLAH
wahai orang-orang yang BERAKAL BUDI!

Tuesday, March 16, 2010

terjelir....!




















Kamu biarkan perut mereka kosong,
kamu biarkan perut mereka lapar,
mereka tetap menjelirkan lidah mereka.

Kamu isi perut mereka dengan makanan,
kamu penuhkan tembolok mereka ,
kamu kenyangkan mereka,
MEREKA TETAP AKAN MENJELIR!

-mereka bukan anjing!

Monday, March 15, 2010

.........rossa!
































CUKUP PATRIOTIK
DENGAN WARNA MERAH YANG MENYALA!

Wednesday, March 10, 2010

kita sudah semakin dewasa...





















Kita dah kenal yang mana
BURUK dengan yang BAIK...
MASAM dengan yang MANIS
PENTINGNYA
KITA SAMA-SAMA
SUDAH MENGENALI ANTARA
DOSA SERTA PAHALA.
SYURGA DAN NERAKA!

HAKIKATNYA KITA SUDAH DEWASA!

Tidurlah sayang...!

































MELIHAT si manja ni tidur
kita juga mau tidur.
Lupakan sekejab
tentang politik...
tentang retorik.
Lupakan sekejab
tentang ekonomi
tentang emansipasi...
Lupakan segala-galanya
tentang DUNIAWI!
TIDURLAH...
UKHRAWINYA
TETAP TIDAK TERPISAH!

-TIDURLAH SAYANG...TIDURLAH!
dengan Bismillah dan doa 'bismikallah humma ahya wa amut'
(dengan nama Allah aku hidup dan aku mati!)

ketawa...


yang mengalir ke lembah...














SEJUK kah...
sejukkah mata...
sejukkah jiwa ...
kiranya
gelora dalam jiwa
bagai badai meronta
bagai taufan membadai
bagai si naga-naga menghembuskan api
bagai gunung berapi memuntahkan lahar
SEJUKKAH?


-mengharap harimau yang ganas tidak mengganas lagi kerana luka di dadanya parah benar.
Kukunya yang mencengkam semakin mereput.
Taringnya yang tajam dah goyah amat!
Raung mengaum dah tersekat di celahan kerongkong!

Thursday, March 4, 2010

'TABOO...!'


























HARIMAU! Semua sedia maklum spesis haiwan liar yang ganas. Haiwan rimba yang garang. Rupanya juga cukup menggerunkan. Namun, namanya pun HARIMAU dan dia juga MAKLUK ALLAH macam manusia juga, tidak mustahil GANASNYA SANG HARIMAU LANGSUNG TIDAK DAPAT DIJINAKKAN!
-Mana tahu SI GANAS itu boleh berubah menjadi RAMA-RAMA yang cantik, comel dan JINAK!

Wednesday, March 3, 2010

BANG MAT SABU














SEORANG politikus yang gigih mendepani tantangan dan cabaran dalam sepak -terajang politik. Hati dan jiwanya mantap berpadu dengan Parti Islam. Pernah meringkuk dalam penjara angkara AKTA GILA (ISA)dan pelbagai tekanan dan tribulasi namun dia tak pernah goyah dengan perjuangan menegakkan islam.

-3hb. Feb. 2010, di Dewan Orang Ramai Taman Baiduri Cheras.
-Secara bersahaja beliau mengupas isu-isu hangat tapi berat seperti kehilangan enjin Jet dan Masalah KAPAL SELAM. Kebiasaannya isu-isu berat apabila jatuh ke tangannya, isu tersebut akan lebih mudah difahami. Jenakanya bersahaja tapi cukup 'sakastik' bersulamkan pantun dan terkadang gurindam, celoteh yang lama terasa begitu singkat. Itulah kelebihan YBhg. Tn. Hj. Muhammad Sabu yang hensem itu! Heeee...
-semoga beliau terus berjaya dan istiqomah dengan politik islam!