Monday, December 27, 2010

TUAN TUAh!




Si Galak itu
bingkas dan tangkas
melompat ke atas pentas!

lalu...
dengan bangga
dia menanggalkan pakaiannya
satu persatu...

akhirnya tiada satu apapun yang tinggal
...

Kemudian dengan rakus
dia menyiat-nyiat
dan mengoyak-ngoyak dadanya
seraya lolongan dan raungan si Tuan TUAh itu semakin membingit
mengerumuni telinga,
penonton yang kemalu-maluan, ternganga terpinga-pinga...
masing-masing menundukan pandangan
namun mata masih lahap meratah
isi-isinya yang terkoyak .

Darah merah itu
HANYIR sungguh...

-Bila akan berakhir sandiwara bosan ini?

Friday, December 24, 2010

CUTI-CUTI DI PANGKOR.




PULAU PANGKOR.

Pertama kali menjejakan kaki ke pulau yang banyak menyimpan sejarah pertembungan kuasa Inggeris dan Belanda dan Portugis. Sedikit tercangak-cangak...hehehee orang asing!
ANJUNGAN: Tempat penginapan sepanjang 3 hari di pulau tersebut memang tidak menghampakan. Eksklusif dan tak sangka yang owner dia rupanya Melayu. Terperanjat disebabkan rekabentuk dan citarasanya sedikit kecinaan, Barangkali atas faktor itulah yang buatkan penginapnya lebih banyak foreigner especially Singaporean, English dan lain-lain bangsa.
Satu yang buatkan Pantai Teluk Nipah (pantai destinasi percutian) sedikit tercalar keindahannya ialah kebersihan. Banyak sampah terbiar dan deretan gerai di sepanjang pantai agak tidak terurus.
Apa-apapun terhibur dan aktiviti snorkling adalah aktiviti murah yang menyeronokan walau terumbu karang dan ikan-ikannya agak kurang seri.

Friday, December 17, 2010

PUJUK HATI.





JANGAN berbimbang-bimbang
dengan Rahmat Tuhan...
setiap amal baik itu walau sebesar hama
meskipun diletakan atas batu yang hitam sekalipun,
Allah boleh nampak.
Allah itu Maha Melihat dan
Allah itu Maha Mengetahui!

Oh!
Itulah hati
bila mendesah, dia resah
bila gelisah dia menggelodak.

-BALASUNGKAWA UNTUK PARLIMEN
demokrasi sudah sampai ajal,
menunggu masa untuk dikapan dan dikuburkan!

Wednesday, December 15, 2010

MAN OF THE YEAR.


Atas kapasiti
cabaran dan fitnah yang bertali arus
daripada regim pemerintah
yang tamak dan rakus
cinta dunia.

-SEBENARNYA sudah terlalu lama aku tidak melukis,
sudah bertahun juga rasa malas melukis membelenggu, namun atas sebab-sebab tertentu aku buang sifat malas jauh-jauh. Aku buang rasa segan jauh-jauh.
Aku nak lukis balik macam dulu-dulu. Itu kata hati. Aku nak bersungguh-sungguh melukis, terima cabaran kawan-kawan.
Alamak! Ini dah jadi macam azam baru? Entahlah tapi inilah hakikatnya, aku asalnya memang buat kerja-kerja seni sikit-sikit je. Tak popularpun...cuma sekitar kawan-kawan yang sealiran aje yang tahu.
"Bakat yang Allah kasi kalau tak diteruskan akan berkarat. Bakat kalau terus-terusan dipendam akan berkubur!" Itu kata kawan-kawan yang sempat ditemui beri semangat. Aku mengiyakan je. sebab ada betul juga kata-kata gitu. Cuma dulunya aku ambil mudah tentang bakat. Pandang sebelah mata akan nikmat luar biasa yang Allah anugerahkan. Mudah-mudahan ini akan memberi perspektif baru tentang survival aku. Aku pilih DSAI atas sebab dia sebenarnya adalah tokoh politik yang nak sangat aku lukis. Muka dan rupa dia unik bagi aku. Ada pelbagai rona, memang sukar ditafsirkan atas 'garis-garis' tapi inilah hasilnya, (tak seberapa) tapi aku suka dan puas hati.
SEMOGA DSAI BERJAYA MELAWAN FITNAH YANG DATANG BERTALI-TEMALI ATAS NAMA REFORMASI DEMI KEADILAN. TAKBIR!

-KAMERA?

Saturday, December 11, 2010

ADA TETAMU...




MENERIMA KEHADIRAN KASIH SAYANG...

Rupa-rupanya
dia datang bukan bersendirian
datangnya beriringan dan bergandingan
bersama... KEKAYAAN yang zuhud sikapnya
dan KEJAYAAN yang soleh rumannya...
Maha Suci Allah
yang mengizinkan 'mereka'
datang bertandang!


Thursday, December 9, 2010

HIJRAH...





HIJRAH KITA...

dari fikir kepada cakap
dari cakap kepada amal...


-sama-sama beramal soleh.
Mengikut jalan yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w
Mudah-mudahan kita terselamat dari segala kemunkaran
dan kebencian Tuhan semesta alam.

Sunday, December 5, 2010

TEMPUR!

Rakyat
rupanya tidak berharga di mata penguasa yang rakus
keluh-kesah, sakit, derita dan sengsara
hanyalah angin lalu.
Tak bermakna.

Kuasa mau terus
dan kekejaman itu
menjadi terlalu akrab
dengan penguasa!

BAJU MERAH...





MEMIKAT JIWA...

Berilah khidmatmu kepada
tubuh-tubuh yang mengharap
kerana...
itulah perkhidmatan
yang tidak mengurangkan sedikitpun
apa-apa tentang dirimu!

- Aku... tidak menyesal
atas apa yang aku lontarkan...
andai kataku itu mengubah
akal fikir engkau
untuk tidak menerima aku,
terserah...
kerana itu lahir dari keikhlasan hati
seorang hamba
yang marhaein duduknya.
Terima kasih!