Wednesday, July 29, 2009

PROJEK 'A CLASS'






WAKTU ADALAH ANUGERAH...
WAKTU ADALAH CEBISAN REZEKI DARIPADA ALLAH.

Ini sebenarnya adalah projek IMARAHkan surau. Kami satu taman bersepakat untuk mengindahkan lanskap surau. Lanskap surau di taman kami sekarang ini terlalu gersang. Tiada pepohon hijau yang merendang. Tiada bebunga riang berkembang dan tiada harum seri bunga yang menusuk di laman tatkala menjejakkan kaki di surau ini.
Kami berpakat atas satu tekad. Kami bertekad atas satu hasrat dan kami berhasrat atas satu impian...MEMBINA HARAPAN BARU.
Dari saat-saat dan ruang yang ada kami berdikit membangunkan harapan ini. Surau ini akan menjadi SATU...JANTUNG DAN HATI masyarakat setempat.
Ruang dan kesempatan ini kami beramal mengisi taqwa, memurnikan kehidupan dengan silatul rahim.
Atas detik jantung yang singkat
inilah masa yang tepat sebelum
kita kembali bertemu ILAHI.



"La... ni yang dok klik....klak... kat sini bila nak siap projek kita?" Jerkah seorang sahabat dari belakang. Aku menoleh dan memandang ke arah sahabat yang bergurau dengan senyuman yang melirik. Peluhnya memercik di dahinya, laju.
"Hehehehe..... time rehat" Balas aku selamba.
"HAAAAA" Kami sesama ketawa.
Ketawa dari hati dan jiwa.

KEBENARAN & KEJUJURAN
adalah dua wajah
seiras namun tak sejiwa
satu batil dan
satu HAQ
CARILAH YANG HAQ!


Bunga-bunga kecil yang meliar di sudut-sudut tepian surau menjadi santapan rohani seorang aku. Senang begini, liarnya tidak seliar hati yang tandus dengan iman. Liarnya tidak terburu menghunjam telunjuk pada orang lain. Liarnya bebunga comel ini tidak sampai menjadi BANGSAT. Liar si comel itu tidak seperti si gagak yang kekadang ghairah ingin menjadi merak yang sombong. Jangan jadi gagak hai kawan! Hitamnya hitam yang melekat.







p/s : Ayuh kawan yang haq itu bukan TIKAM DARI BELAKANG!

Tuesday, July 21, 2009

...masa mati...

KITA
akan dibangkitkan...
dengan amal kita
ketika muda apa maunya?
ketika tua apa hendaknya?
ketika lapang apa perlumu?
ketika kaya apa deriamu?
ketika hidup
apa AMALAN?

SIAPA PENGHULU?
SIAPA IMAM?
SYAFAAT SIAPA YANG KITA DAMBAKAN?

masa hidup


Mana perginya
diri kita?

jika terlalu jauh merantau
melalui onak-duri dengan segala macam hawa
sanggup tinggalkan
KAMPUNG SENTOSA
dan berkampung dengan
PERKAMPUNGAN NODA
yang pasti NODA itu
BUKAN TIKET KE SYURGA!

masa lapang





APA yang kita buat
bila tibanya
waktu-waktu
yang begini?

Jika....
TIDUR
jawapannya...
KITA HANYA
MUNGKIN MENDAPAT
MIMPI!

Thursday, July 9, 2009

SASTERAWAN NEGARA DATUK A. SAMAD SAID



Aku terlalu teruja tatkala dapat merakam sekujur potret seorang tokoh yang aku kagum selama ini.
Bukan pasal PPSMI
bukan pasal Malam Seni di Pekan Kajang
bukan...
bukan segala-galanya
walau aku tahu yang BERJASA BENAR runtuhnya PPSMI itu adalah INI ORANGNYA.

Aku dah terlalu banyak kali ingin mencuba bertemu dengan tokoh ini.
Peluang yang datang bagai orang mengantuk disorong bantal...TIDUR.
Lantaran terlalu teruja...akhir pentas itu aku terlupa untuk BERSALAM dengan sang TOKOH!

Ahh....
Rasa bersalah
rasa berdosa.
rasa...rasa...rasa
maafkan aku
sewajarnya aku PERLU MENCIUM TANGANMU
Aku perlu
sampaikan salamku pada SALINA
yang fasih berbahasa melayu
SALINA yang bijak Mathematik
SALINA yang genius tentang Sains
walau kata pengantarnya cuma BAHASA IBUNDANYA MELAYU.

Maafkan aku
Aku tak sempat bersua
walau LANGIT PETANG itu tidak mendung....lantaran lewat mampir ke sudut itu.
Maafkan aku....
aku tak sempat berbicara dengan WIRA BUKIT
yang masih gagah menjadi SANG TOKOH!

Wednesday, July 8, 2009

Apresiasi Seni...MEOR & RAKAN-RAKAN



MEOR AZIDIN.... Teman lama.
Suaranya masih bergema
aksentrik separuh normal. Itu jalan yang dia pilih.
Manusia jenis ini adalah manusia yang menjunjung tinggi nilai peradaban dan pencinta ilmu. Mereka cuba memengertikan masyarakat, berkomunikasi dengan orang luar lingkungannya tetapi terkadang menjelajahi hal-hal kerohanian dan ketuhanan.
Ada masa suara mereka bernada marah, tetapi marah mereka halus dan lembut. Manis kata-kata namun tajamnya menusuk ke tulang hitam.
Tajam dan pedih sindirannya tetapi tepu dengan keindahan, penuh rasa tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang cintakan TANAHAIR.
Memang tidak mudah manusia seperti aku memahami mereka tapi akustika yang lahir dari gitar kapak mereka memang meruntun semangat. Revolusi mental satu aplikasi seni yang bukan kosong. Raung mereka bukan raungan kosong. Pekik dan jerit mereka untuk rakyat.

LAGU UNTUK SYUHADA MEMALI
betul-betul bangkitkan semangat. Walau lampu pentas sengaja digelapkan tetapi rasa sedih mereka tetap jelas terpancar di mata.
Semangat yang bukan sedikit. Kebetulan ketika MEMALI aku berada dekat dengan tempat kejadian.
Aku masih bersekolah di DAERAH DAIF yang kononnya membangun atas ehsan PARTI AGUNG (50 tahun membuat pelbagai masalah). Korupsi,birokrasi, hipokrasi....
dan engkau dan rakan-rakan sempat makan satey kajang kan?
Hahahahahahah!


Tahniah
untuk MEOR DAN RAKAN-RAKAN
anda berjaya membuat audien di Kajang melompat dengan semangat yang baru. REFORMASI KEMBALI....REFORMASI KEMBALI...REFORMASI KEMBALI!

p/s: album 'AKU DAN BULAN' aku bagi 5 bintang!

Tuesday, July 7, 2009

Apresiasi Seni...SN. SAMAD SAID



MALAM itu
penuh ghairah
bahasanya santai
tepu dengan makna
tersurat maupun tersirat
padat.

Datang berteman
bukan dengan SALINA
tapi isterinya Rashidah...
disambut YB
CIKGU LEE KIM SIN
ADUN KAJANG
yang pandai berpuisi...

Pak Samad
rambutnya panjang warna putih
janggutnya panjang warna putih
misainya panjang warna putih
Hatinya putih enggan tunduk pada Bahasa Orang Putih..
Tamatkan PPSMI
terang lagi tersuluh.

Langkah perlahan menaiki pentas
seakan bertatih..
dengan senyum nampak pasrah
sedikit keringat mengalir di keningnya...
ada semangat sedang menjalar!

BUMI DIPIJAK MILIK....
BAHASA DIJUNJUNG MILIK...
Entah...MELAYUKAH?

siapa punya susu
siapa punya sapi
siapa punya nama
MALAYSIA TANAHAIRKU

P/S: Melihat tubuh tuanya , terasa sedikit rawan.....
dia dah biasa, badannya lencun dengan HUJAN PAGI, tetapi demi PPSMI tubuhnya lencun dibasahi AIR LONGKANG FRU!

Apresiasi Seni...PYAN HABIB


MALAM 4/7/09
Dewan MPKJ
gamat dengan suara-suara keramat
Salah seorang adalah PYAN HABIB.
Aku tahu dia mempunyai masalah pertuturan
tapi...
Bahasanya mudah,
tak disalah erti
Suaranya jelas tidak sukar didengari
Cakapnya lebih mudah difahami,

aaaa....suaranya
aaaa suaranya...
aaa....suaranya
LEBIH MUDAH DIFAHAMI DARIPADA
SUARA RAKANNYA zambry kadir.

BUBAR DUN PERAK!
Jelas dan terang...
ITU SUARA PYAN HABIB
aaaaa itu juga suara
RAKYAT MARHAEN MAHUKAN KEADILAN!

Wednesday, July 1, 2009

...rindu kembali bertandang




Saat bunga mula kembang...
harumpun datang.

Saat bunga mula kembang...
warna kian gemilang.

Saat bunga mula berkembang ...
kumbang pun datang.

Saat manis
mula segar...
kasih pun datang.


Saat manis mula luruh...
hibapun bertandang.

Saat kembang mula terhalang
rindupun datang.

Saat duka mula bertandang
resah pun rebah...
dan rindu kian terhalang!


Saat-saat akhir
seorang insan
mengharap REDHAMU YA ALLAH!