Friday, August 28, 2009

MENGINTAI RAHMAH di awal Ramadhan Kareem.



...dan aku sedang membujuk hati
aku tidak mahu apa-apa lagi
aku mahu lupa segala nikmat
lupa segala keseronokkan
yang pernah direguk.

Aku mahu pasrah
pasrah tentang segala-galanya
mencari detik itu
detik yang pernah dijanjikan
sejak azali
di Ramadhan yang awal.

detik itu
detik tulus
perlu sedikit kekuatan untuk
MENGINTAI RAHMAH ILAHI
di awal Ramadhan Kareem.




-Semua yang Allah jadikan bukan untuk suka-suka tetapi diseru untuk patuh dan tunduk, memberi bakti kepadaNYA. SUBHANALLAH!

hadiahnya adalah LAPAR!

Yang paling ditunggu-tunggu dan paling nikmat bagi para sahabat Nabi tatkala dapat sambahyang jemaah bersama Rasulullah.Inilah masa yang paling tenang dan kudus memenuhi dada para sahabat.
Suatu ketika ketika para sahabat solat berjemaah berimamkan Rasulullah.
Suara baginda begitu mendayu-dayu dan lemah sekali pada rakaat pertama. Sesetengah sahabat dapat merasakan getar suara yang tertahan-tahan keluar dari suara baginda.
Setiap kali tika rukuk dan sujud, kedengaran bunyi-bunyian yang bergemerincing. Seolah-olah sendi-sendi tulang baginda bergesel.
Selepas salam dan doa, Saidina Umar tampil di sisi baginda.Mata baginda diperhati dalam-dalam. Suasana cukup bening.
"Adakah engkau sakit, ya Rasulullah? Soal Umar perlahan.
Rasulullah menggeleng kepala sambil memandang tepat ke wajah sahabatnya itu."Alhamdulillah ana sihat."
"Engkau sakit ya Rasulullah?" Umar memangharapkan kepastian.
Baginda cuma senyum seraya menyembunyikan penderitaannya.
"Setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami terdengar sesuatu berbunyi. Seakan sendi tuan bergesel di tubuh tuan. Kami yakin tuan sedang sakit? Desak Umar lagi yang cemasnya semakin jelas di wajah.
Akhirnya Rasulullah tewas dengan bujukan itu. Rasulullah mengangkat jubahnya. Alangkah terperanjat para sahabat ketika itu. Dengan mata kepala sendiri menyaksikan betapa kempisnya perut seorang Kekasih Allah. Satu lilitan membaluti tubuh yang dipenuhi dengan kerikil-kerikil kecil. Rupanya Rasulullah sedang bermasalah. Kerikil dan batu-batu itu sebenarnya adalah untuk menahan rasa lapar. Kerikil-kerikil itulah yang berbunyi ketika Rasulullah mengerakan tubuh ketika solat tadi.
Dengan perasaan yang cukup hiba Umar merintih penuh simpati. "Ya Rasulullah! Adakah baik kelakuan kami, bila Tuan lapar dan tidak punya bekalan makanan, kami hanya berdiam tanpa membuat sesuatu untuk Tuan?"
Tangisan Umar semakin nyaring. Sahabat-sahabat yang lain tersedu dan meratap pilu mengenangkan nasib Rasulullah. Rasulullah memandang wajah-wajah para sahabatnya dengan senyuman. Baginda cukup arif, kasih para sahabat-sahabatnya cukup padu. Bukan setakat harta benda waima dengan nyawa sekalipun para sahabatnya sanggup pertaruhkan. Mereka sanggup korbankan segala-galanya demi kasihkan Rasullullah.
"Tidak wahai sahabat, aku tahu, apa-apapun yang kamu semua korbankan Demi Nabimu. Tetapi apa yang akan aku perkatakan bila berhadapan dengan Allah suatu hari nanti, aku sebagai pemimpin membebani umatku? Biarlah....biarlah kelaparan ini menjadi hadiah daripada Allah buat Rasulnya. Biarlah ...jangan ada rakyatnya yang miskin dan kebulur di dunia mahupun di akhirat kelak." Seru Nabi kepada sahabat-sahabatnya yang sedang sedih itu.
Akhirnya mereka bersurai. Masing-masing keluar dari masjid dengan perasaan sedih dan mengabadikan perasaan sayang yang agung terhadap Rasulullah.



-Kisah dan teladan. Zaman moden ini seorang ketua tidak sanggup berlapar. Mereka tidak sanggup bersusah payah untuk rakyat. Pangkat dan kedudukan menjadi lesen besar untuk mengaut segala habuan di dunia yang sementara sifatnya.

Tuesday, August 11, 2009

S.O.S




Suasana sekarang agak tidak terkawal.
VIRUS H1N1 @ SELSEMA BABI dah makin menggila. Setakat ini dah 29 orang meninggal gara-gara virus ini.
Kementerian yang berkaitan cuma tunggu kata dari 'orang yang di atas' untuk buat keputusan. DARURAT atau tidak!
Kawalan setakat yang termampu ajelah. Tak usah ramai-ramai di tempat awam. Pakai topeng muka dan kalau boleh tak payah keluar rumah pada yang berisiko tinggi.
Sekolah-sekolah ada yang dah ditutup sementara waktu. Begitu juga IPTA dah ada pelajar yang dijangkiti virus selsema babi ini.
Entahlah.....
Banyak betul penyakit yang berpunca daripada haiwan menular ke manusia. Dulu heboh selsema sebab burung, nyamuk aedes dengan dengginya dan entah apa-apa lagi lah.
Yang tak pernah dengar ialah binatang yang dijangkiti penyakit manusia. Misalnya babi mati kerana lemah jantung. Lembu mati kerana kencing manis atau ah...susahlah nak buat perbandingan!
Gitulah...selsema babi ni agak kronik. Wabaknya sukar diduga. Harapan kita menggunung pada ALLAH sahajalah. kerana dia MAHA TAHU berbanding yang beria-ria mau tahu.







CERITA SI GAGAK
YANG SOMBONG -



Gagak tak kisah dengan semua-semua tu. Dia kebal daripada segala penyakit. Selsema burung dia bebas. Kencing manis dia free. Darah tinggi pun clear. Sebabnya dia dah alah bisa tegal biasa. Santapan dan makanan harian dia ADALAH DAGING BUSUK SAMPAH DAN BANGKAI. Ark! Ark!

Tuesday, August 4, 2009

tanpa melakukan kesalahan




di kota pencakar awan ini
aku tidak boleh melakukan sebarang kesilapan
tidak ada maaf tentunya jalan yang dilalui terlalu jauh
dan berbelit-belit
kadang-kadang terbabas dari tuju
tak boleh kembali ke pangkal
tiap permulaan
harus direncanakan lebih awal

di sini aku belajar dari pengalaman
bagaimana mesti jadi manusia mahir
tanpa melakukan kesalahan.

-maarof awang 12/dec/1967






GMI 1/8/2009
Menyatakan harapan mahu
ISA DIKUBURKAN.
AKTA ITU AKTA RIMBA
AKTA ITU HUKUM NAFSU
salah memisahkan isteri dengan suami.
salah merenggangkan anak dengan ayah.
salah menghukum tanpa bicara.
Salah menggunakan kuasa wewenang
beraja di mata bersyaitan di hati.
ISA.....ZALIM!

Kita dah boleh fikir
mana BAIK dan mana TIDAK.
mana DOSA dan mana PAHALA.
Ayuh teruskan AMAL!





















KISAH GAGAK MAU MENJADI TIUNG YANG BIJAK BERKATA-KATA!

- Sang gagak kini betul-betul teruja dengan si burung tiung yang petah berkata-kata.
Tahap tiung telah diangkat menjadi primadona@diva@idola tahap maksima.
Suara si tiung bagai suara yang turun dari dewa. Suara tiung menjadi suara keramat bagi sang gagak. Bisikan si tiung bagai bisikan azimat bagi sang gagak.
"Aku mahu jadi TIUNG yang petah bicara!" Pekik burung gagak yang hitam legam itu memecah keheningan belantara.
"Aku mahu jadi TIUNG yang bijak berkata-kata!" Jerit gagak itu lagi pada sahabat-sahabat rimbanya dengan bangga menyombongkan diri.
Ha! Ha! Gagak bermimpi meneruskan mimpinya mau menjadi Tiung yang bersuara lunak.
Suatu hari ketika gagak sedang bersantai memasang impian, perutnya terasa lapar dengan lapar yang teramat sangat. Lantaran itu si gagak itu melayangkan sayapnya ke pelusuk kampung dengan harapan mendapat sesuap makanan. Akhirnya dia mendapat rezeki atas usahanya barangkali. Ketika sedang lahap mengadap rezeki tiba-tiba tengkoroknya tersekat 'ARK....ARK!"

-Akhirannya tamatlah sudah pesona sang gagak mau menjadi si tiung bersuara lunak dan petah berbicara. Gagak pemakan BANGKAI DAN SAMPAH. Hingga kini suaranya tersekat dikerongkong. Ark! Ark! Ark!
-FITNAH umpama memakan daging saudara sendiri!

kota cinta kota duka




kota ini cukup payah kita menyembunyikan rahsia
wajahnya bagai perawan duapuluh satu
menakjubkan bagi siapa yang melihatnya
bibirnya yang mengerdipkan warna gincu
mengembalikan kita ke zaman remaja
rindu pada cinta

kota ini juga tidak membenarkan kita alpa
maut sering memerangkap pada mangsanya
apabila kita tak bisa menolaknya
kebisingan berbaur dengan suara menggelepar
masing-masing berlalu dengan caranya
tanpa sedar

kota cinta kota duka
kita terbenam di bawah sayap misterinya.

-maarof awang jun 1979.


DETIK-DETIK
HITAM & MERAH
SEDANG MARAH MENYALA
GMI/1/8/2009