Wednesday, February 3, 2010

sesejuk embun pagi















KEPADA hambaNya Dia bentang dua jalan,
wahadainahun Najdain.
Allah uji mereka dengan fujur dan jalan taqwa untuk menilai siapa di antara mereka yang benar dan patuh kepadaNya.
Rasul dan Kitabullah sebagai penunjuk, penyeru dan pembimbing ke jalan taqwa.
Syaitan pendorong ke jalan fujur dan kufur.
Semoga kita Istiqamah di LANDASAN TAQWA.
AMIN.

-AMAL.
Pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Jazakallahukhairan kathira.

tembus!


NUR yang datang
bagai memberi sinar pada sekeping hati untuk lebih memahami tentang AZZAWAJALLA
itulah NUR ILAHI.
sarat dengan hikmah yang penuh berhemah!

Tuesday, February 2, 2010

GARANG...


Memang jelas dia garang! Kemungkinan besar
KANGAROO yang berada dalam BAR akan
terberak dan tercirit-cirit bila disergah si garang ini.
Bagaimana dengan 'TANGAN RASAKSA'
mampukan ditepis dek si garang yang lantang ini?

Si LEMBIK yang menusuk plastik di 'mbdghebvscxzy' nya
mungkin diselamatkan oleh 'KUDA KEPANG' dan berlari dengan terkepit-kepit (akibat sakit di bahagian belakang pusat perkumuhannya) menuju ke 'COURTS MAMMOTH' dan berlindung di sana buat seketika. Mungkin sehingga keadaan kembali terkawal dia keluar dari peliharaan 'daddy dan mummy' dengan mengkhabarkan drama baru terus-terusan dengan cerita BUSUKnya!
-LAWAN TETAP LAWAN!

Monday, February 1, 2010

gatal tangan...


Dah lama betul tak buat karikatur, sesekali mencuba wajah sendiri, entah jadi entah tidak, hantam sajalah!

kriteria memimpin.

Saturday, January 30, 2010

Hunt....


2010 yang baru datang ni dipenuhi dengan seribu satu macam cerita. Semuanya karut dan mengarut. PROVOKASI mungkin! Awas provokasi selalunya berakhir dengan tragedi. Yang di atas tahu segala-galanya walau yang di dasar tidak menjangka apa-apa.
-Hakikatnya
setiap adicita murni yang dijuangkan
akan menggenggam sebuah piala iaitu KEBENARAN!

Friday, January 29, 2010

bunga















Letakkan ia di tempatnya
kerana ia selayaknya
berada di tempatnya
selesa aman dan segar
di bawah sinar mentari
dibasahi embun.
Dan kadangkala
hujan yang mencurah,
terik mentari yang membakar
memberi semangat

untuk ia terus berkembang
subur dan mewangi setaman!
Ia selayaknya berada di tempatnya. SUBHANALLAH!