Saturday, January 30, 2010

Hunt....


2010 yang baru datang ni dipenuhi dengan seribu satu macam cerita. Semuanya karut dan mengarut. PROVOKASI mungkin! Awas provokasi selalunya berakhir dengan tragedi. Yang di atas tahu segala-galanya walau yang di dasar tidak menjangka apa-apa.
-Hakikatnya
setiap adicita murni yang dijuangkan
akan menggenggam sebuah piala iaitu KEBENARAN!

Friday, January 29, 2010

bunga















Letakkan ia di tempatnya
kerana ia selayaknya
berada di tempatnya
selesa aman dan segar
di bawah sinar mentari
dibasahi embun.
Dan kadangkala
hujan yang mencurah,
terik mentari yang membakar
memberi semangat

untuk ia terus berkembang
subur dan mewangi setaman!
Ia selayaknya berada di tempatnya. SUBHANALLAH!

Wednesday, January 27, 2010

Salam dengan semangat


Mengirimi ruang seri
dengan harum yang mewangi
semerbak melatari alam
namun kembangnya
layu di hujung laman.