Sunday, May 31, 2009

YOU'RE FIRST





Mereka berdua suami-isteri. Masih honeymoon! Aku doakan mereka semoga dapat zuriat yang baik-baik. Budiman dan beriman. Anak-anak soleh semua orang suka. Thank you untuk enta berdua Emelda dan Ajim. Selamat maju jaya dalam hidup, dunia dan akhirat.

ADA BeRAN...

My first costumer! Thanks kerana berani mencuba. Perasaan aku benar-benar goyah bila ada sahabat offer aku untuk Karikaturkan mereka berdua suami-isteri. Bukan takut macam terjumpa harimau lapar tetapi TAKUT AKU LUKIS TAK JADI. Haru jadinyakan? Tapi lepas dia terima KARIKATUR ini aku lihat muka mereka berdua HAPPY. Maknanya menjadilah tu!
Dalam hal ini aku suka menelusuri semangat seorang kawan. Dia dah maju dan jauh kehadapan. Dia dah tak pandang belakang lagi. Dia dah world wide. Namanya dah tersohor melangkaui sempadan, Lukisan dia ada class. Artwork dia mencecah 4 angka. Dulu dia ada satu group yang digelar KALIMA, akhir-akhir ini dia banyak menyendiri. Agaknya tengah banyak idea! Seniman... ada ganjilnya. Dulu aku suka tengok dia buat Karikatur Shiela Majid dan Amy Search, pernah keluar majalah kartun. Bahkan dia aku anggap salah seorang GURU yang ngajar aku melukis kartun. ZUL ALBANI @ ALBANY MAJID ... sesiapa yang mengikuti perkembangan seni catan, kenal dia.
- Yang penting dalam hidup adalah TABAH.

Saturday, May 30, 2009

TRIBUTE TO VIP

Aku kagum dengan dia. Aku tabik dengan dia sebab dia aku kenal. Bukan kenal gitu-gitu aje tapi kenal betul-betul. Pertama dia PM yang paling lama menjadi ORANG NO.1 di MALAYSIA. Kedua dia seorang BAPA (bukan bapa aku tapi bapa Mirzan, Murzani, Mukhriz, Marina dan Malinda...) PEMODENAN MALAYSIA.
Ketiga dia orang kampung aku, Kedah dan aku pernah berkampung di belakang rumah dia di TITI GAJAH, sebagai penyewa sebuah gobok kecil untuk terus hidup. Keempat dia pernah merawat emak aku sakit di HOSPITAL MAHA Alor Setar lama dulu. Tapi sekarang aku dengar berita mai dari kampung aku nun di utara sana , beliau dinasihatkan supaya kurangkan bercakap dan bersuara yang bukan-bukan. Penyakit yang disahkan oleh doktor dikenali sebagai penyakit 'embnsyhbdfgbuangmxczwkaranehnam' yang biasa dideritai oleh orang lanjut usia. Hospital mana aku tak tau, tapi khabar angin tu bertiup kencang sangat. Sampai bersembur-sembur air liur penyampai berita tu. Sebelum terlambat biar aku abadikan dia sebagai seorang yang aku nak sangat karikaturkan dia.
Bila sebut KARIKATUR aku teringat seorang sahabat yang aku tabik dengan kerja dia. Aku angkat topi dengan semangat dia. Dia buat kerja KARIKATUR fulltime. Aku pernah sebumbung dengan dia dulu dan belajarlah sikit-sikit dengan dia tentang seni KARIKATUR. Aku tengok stroke dia ...fuh... zup...zap...zup zap.... zasss... JADI! Aku pun cuba juga cara dia... zup...zap...zup...zap zassss TAK MENJADI! Aku tak ada sebab untuk lupakan seorang anak seni yang gigih berkarya dalam genre ini iaitu SAADON ISHAK @ DON. Banyak juga kenangan manis masa kami sebumbung dulu. Brader gua tabik lu! Kalau ada kesempatan jumpa dengan dia aku nak tanya satu soalan aje. BERIKAN 10 PERKARA KENAPA KITA DAH LAMA TAK JUMPA?

Friday, May 29, 2009

THE HISTORY OF THE MAN


"Ketika manusia muncul di planet bumi hanya satu yang diketahuinya,
bahawa ia tidak ketahui apa-apa." - Rene Sedilot

Maknanya kita tak boleh memandai-mandai, buat itu, buat ini, mengaku itu hak aku dan mengaku ini juga hak aku. Malah apa-apa ajelah semua HAK aku. Sebab apa, yang kita memandai-mandai mengaku hak itu semuanya datang dari ALLAH. Dia Maha Pencipta dengan satu perkataan "Kun!" Maka "Jadilah"
Kalau kita ada ilmu kongsi-kongsilah dengan orang lain.
Kalau kita ada kepandaian kita ajar-ajarlah pada yang tak tahu.
Kalau kita ada rahsia?
Rahsia peribadi mengadulah pada Yang Maha Kuasa.
Rahsia nak jadi kaya boleh kita cerita-ceritakan semoga kita semua jadi kaya.
Tak payah cari AH LONG, tak payah hutang dengan CETI dan tak payah buat LOAN BANK.


1- Jangan tinggal sembahyang jemaah.
2- Banyakkan zikir.
3- Jangan tinggal SEMBAHYANG DHUHA
4- Panjangkan SILATURRAHIM jangan putuskan.
5- Banyak bersedekah harta benda@ wang ringgit. Paling tak ada, SENYUMpun pemurah rezeki.

Aku ini kartunis. Aku sedang berusaha DRAW CARICATURE. Kalau ada sahabat atau sesiapa yang singgah di BINTANG TIMUR ingin lukis karikatur sila berbuat demikian. Insya Allah ada rezeki dari ALLAH. Jangan risau-risau sangat tentang rezeki ni. Bagi Salam dan kita aturkan kemudian. Ini satu contoh CARICATURE yang aku lukis.

Tuesday, May 26, 2009

TWINKLE-TWINKLE LITTLE STAR

Istimewa kepada teman-teman lama, teman-teman baru dan yang ingin menjadi teman,
silalah lawati MAYA ini. Biar kita berkedip bak BINTANG melatari segenap pelusuk ruang angkasa dengan SALAM.
Kerana SALAM itu umpama BINTANG
Kerana BINTANG itu memaut SALAM
Kerana SALAM itu ukhwah
bakal mengerdip bak BINTANG di Yaumulmahsyar
Insya Allah
KITALAH BINTANG...

BIONICMAN







Inilah yang aku maksudkan
Pok Nik...BIONICMAN
Lukisan lama juga
2004 punya cerita.

BIONICMAN



Subhanallah. Agak lama benar aku tak pernah bertemu kawan-kawan yang sama lepak kat Restoran Yusoof Kari Kepala Ikan (sori tak pernah order kari kepala ikan) CM. Dah lama betul aku tak pernah bergurau dengan teman-teman yang sering bersama pekena teh tarik kat restoran yang sama kat Pasar Budaya. Especially group cartoonist. Rerupanya mereka semua telah buat satu gerombolan dan pusing-pusing seluruh Malaysia dan enjoy dengan CARICATURE skecth on the sport. Hebat aku kagum dengan semangat mereka. Semangat mereka semangat lamina. Kental tidak pernah putus asa dengan industri yang entah kemana APRESIASI masyarakat terhadap golongan ini. Sahabat aku ADEPUTRA semua tahu dah tersohor benar dia dengan dunia dia.
Aku! Aku tak tahu aku ni kategori apa aku ni. Nak kata pelukis... rasa-rasanaya bukan. Kartunis, aku dah tak melukis kartun untuk majalah. Jauh sekali sebagai artist. Sesekali aku cuba juga lukis potret, tapi entah... rasa macam tak menjadi. Lukis muka sendiri pun tak menjadi. Sekali tu ada kawan setaman yang suruh@paksa aku lukis seseorang yang paling istimewa dalam dunia, yang aku gelarkan dia sebagai 'BIO NIK MAN' dan Mr. Presiden. Nah! Tengoklah jadi ke tidak Lukisan wajah Pok Nik, yang rasanya ada tergantung kat Balai Islam Lundang. Satu lagi wajah tu aku sedekah kat Markas PAS di Klang Gate. Dah tengok dua potret tu agak-agak, aku boleh lukis lagi ke?

Monday, May 25, 2009

MEGA SEDANG MENYALA


Meminjam kata SEBUTIR BINTANG kepada
satu lagi BINTANG yang sedang mengerdip di UFUK UTARA

...dan bara kagum menjadi api
Di depan sekali tuan menanti
Tak gentar
lawannya banyak seratus kali
pedang di kanan, keris di kiri
Berselepang semangat
yang tak bisa mati.


Entah. Hari ini aku menjadi terlalu kagum dengan kekuatan semangat dan lonjakkan emosi para pejuang-pejuang rakyat yang telah dinafikan haknya.

Sunday, May 24, 2009

INDAHNYA KAMPUNG HALAMAN


Ini lagi satu lukisan aku yang aku sendiri kategorikan sebagai antara salah satu karya yang aku sayang. Namun yang lain-lain artwork aku dah rosak. Ini kes banjir kilat kat K.L, pantang hujan lebat sure banjir. Lukisan ini pun sebenarnya dah lama dah pun, yang baru-baru tak sempat aku nak lukis. Masa takde (Ini adalah alasan aje padahal Allah jadikan masa itu 24jam satu hari, kalau nak 80 jam sehari cuba buat dunia sendirilah). Lukisan water colour ini sebenarnya adalah kesukaan aku tapi sekarang ni teknologi komputer dah ambil alih, boleh buat pakai komputer dalam program adobe photoshop je. Itu pun kena pandai lukislah juga, kalau tak pandai melukis tak jadi de...!

Saturday, May 23, 2009

water lily


Sebenarnya aku adalah seorang pelukis. Macam-macam yang dah aku lukis, dari kartun hingga ke lukisan naive untuk kanak-kanak. Tapi maaf aku bukan pelukis yang ada apa-apa cuma ada bakat anugerah Allah. Tak popularpun cuma yang kenal tu... kenallah dan yang tahu tu... tahulah. Di bandar Kajang ni pun yang tahu cuma sekadar area-area belah utara aje, yang di selatan, di timur dan di barat bandar Kajang rasa-rasanya tak kenal! Tak kenalpun tak pelah... Yang penting KITA INI HAMBA ALLAH.
Kalau jadi orang popularpun agak-agaknya payah jugakan? Dah banyak aku baca tentang cerita 'Orang-orang Popular' last sekali riwayat hidupnya... Kita pakat-pakat fikir bagi sesiapa yang mahu berfikir.
Ini aku nak tunjukkan salah satu karya lukisan aku yang aku aje perasan cantik sesangat! Sekarang lukisan yang asli, ini sudah tidak ada dalam simpanan aku, sebab aku dah sedekahkan pada jiran aku. Ingat pesan Rasulullah, kalau nak bersedekah, elok berikan barang yang kita paling sayangggg... sangat!

Friday, May 22, 2009

SILHOUETTE


Kepada teman-teman yang bernama DAE'I!


Bergeraklah! bertemu dengan jasad-jasad yang perlukan perhatian, jangan disiakan mereka yang perlukan cahaya. Jangan biarkan mereka buntu, buta dan karam dalam lautan kejahilan. Jangan biarkan mereka meninggalkan dunia ini begitu saja sebelum mereka tahu nikmat hidup sebenar. Perkenalkanlah mereka dengan Tuhan Yang Esa. Kecundangnya kita dalam menempuh dugaan bukan bererti tugas kita sudah berakhir. Yakinlah diseberang sana ada cahaya yang bersinar terang. ALLAHUAKBAR!
- dari seorang pengundi kerdil di sebuah negara besar.

Thursday, May 21, 2009

solace


Aku cuma merakamkan KEINDAHAN anugerah dari Allah. Subhanallah! Beruntunglah insan-insan yang sentiasa MENGIMARAHKAN masjid. ALLAHUAKBAR!