Saturday, May 30, 2009

TRIBUTE TO VIP

Aku kagum dengan dia. Aku tabik dengan dia sebab dia aku kenal. Bukan kenal gitu-gitu aje tapi kenal betul-betul. Pertama dia PM yang paling lama menjadi ORANG NO.1 di MALAYSIA. Kedua dia seorang BAPA (bukan bapa aku tapi bapa Mirzan, Murzani, Mukhriz, Marina dan Malinda...) PEMODENAN MALAYSIA.
Ketiga dia orang kampung aku, Kedah dan aku pernah berkampung di belakang rumah dia di TITI GAJAH, sebagai penyewa sebuah gobok kecil untuk terus hidup. Keempat dia pernah merawat emak aku sakit di HOSPITAL MAHA Alor Setar lama dulu. Tapi sekarang aku dengar berita mai dari kampung aku nun di utara sana , beliau dinasihatkan supaya kurangkan bercakap dan bersuara yang bukan-bukan. Penyakit yang disahkan oleh doktor dikenali sebagai penyakit 'embnsyhbdfgbuangmxczwkaranehnam' yang biasa dideritai oleh orang lanjut usia. Hospital mana aku tak tau, tapi khabar angin tu bertiup kencang sangat. Sampai bersembur-sembur air liur penyampai berita tu. Sebelum terlambat biar aku abadikan dia sebagai seorang yang aku nak sangat karikaturkan dia.
Bila sebut KARIKATUR aku teringat seorang sahabat yang aku tabik dengan kerja dia. Aku angkat topi dengan semangat dia. Dia buat kerja KARIKATUR fulltime. Aku pernah sebumbung dengan dia dulu dan belajarlah sikit-sikit dengan dia tentang seni KARIKATUR. Aku tengok stroke dia ...fuh... zup...zap...zup zap.... zasss... JADI! Aku pun cuba juga cara dia... zup...zap...zup...zap zassss TAK MENJADI! Aku tak ada sebab untuk lupakan seorang anak seni yang gigih berkarya dalam genre ini iaitu SAADON ISHAK @ DON. Banyak juga kenangan manis masa kami sebumbung dulu. Brader gua tabik lu! Kalau ada kesempatan jumpa dengan dia aku nak tanya satu soalan aje. BERIKAN 10 PERKARA KENAPA KITA DAH LAMA TAK JUMPA?

2 comments:

  1. salam AZ,
    Stroke ada macam-macam stroke. Lukisan perlu ada stroke. Main badminton perlu stroke. Tapi yang perlu di jaga-jaga penyakit stroke!!

    ReplyDelete
  2. Ha! Ha! Di Penanti pun ada yang dah kena pukulan stroke. Mencungap-mecungap di buatnya. Ha! Ha! Sapa suruh bagi bola tanggung?
    AMINAHABDULDOLLAH mana ada stroke baru... itu fesyen lama juga kasi sama itu BI EN. Lontar batu sembunyi tangan!

    ReplyDelete