Saturday, January 29, 2011

BERTENANG saja...



WAHAI
Penyejuk jiwa...

bila tiba masa dan ketika nanti
kamu akan dibebaskan
berterbangan
tanpa sempadan
tiada batasan yang
memisah atau menghalang!

kamu...kamu semua
bebas bagai burung...
yang melayang di udara.

Cuma dua;
dua perkara yang kamu
ingat sebagai penyuluh kehidupan;
dua perkara yang tidak menyesatkan kamu
AL-QUR'AN DAN AL- HADITH
yang sentiasa didampingi
oleh si SOLEH dan si SOLEHAH.

Hadirkanlah diri
di Taman-taman Syurga
kerana ada tebaran sayap
yang menaungi kamu
tika kamu berteleku di sana!



Friday, January 28, 2011

perasaan teruk kena belasah!





AKU
Hanya mahu dia bahagia...

Cukuplah...
jika dia boleh senyum
dia boleh menyentuh sedikit habuan
air tangan yang berkat lagi halal...
dan dia boleh
memesrai nikmat
seperti mana si kecil seusia dengannya
dambakan...

-duhai hati...rasa terlalu sakit tatkala
RAHSIA SUDAH TIDAK MENJADI RAHSIA,
hinggakan aku bagai orang yang gila memendam gelora.
Tuhan...
Engkau telah singkapkan tabir
dengan penuh hikmah!
Aku...redha.

Wednesday, January 26, 2011

sanction...





MEMBERI hak
untuk kamu merasa
sedikit nikmat
tentang sebuah kehidupan
yang Allah pinjamkan
untuk kita
buat sementara cuma.

REDHA
dengan ketentuanNYA
pasrah dengan kehendakNYA

Ingatlah Dia...
ketika senang atau masa sulit
kebarangkalian untuk Dia mengingati kita
itu ada.
Janji Dia bukan hanya persona
menjadi topeng-topengan
tetapi Haq!

Sayang...
dambakan
si soleh dan solehah.

Tuesday, January 18, 2011

TENANG DALAM GELORA.




Mendengar...
aku resah.
Tidak mendengar aku gelisah.

Melihat...
aku resah...
Tidak melihat aku gelisah.

mendengar dan melihat aku resah dan aku gelisah.

Wahai hati....
wahai jiwa yang tenang
jangan pisahkan aku
dengan cahaya itu!

Wahai Tuhan...
jangan bolak dan balikan
hati setelah Engkau titipkan
nur iman kedalamnya.


-malam tadi:
Aku senyum sendirian sambil mengadap sebuah kotak yang lantang berkata-kata tentang sebuah sandiwara kehidupan.
Temanya pilihanraya kecil: DUN TENANG.
-Janji sedang membuak-buak sedang tunainya hanya bergantung kepada kalah dan menang.
-Pemerintah: Turun dengan bala tentera yang diupah untuk mempertahankan kuasa.
Tekak terasa loya amat bila sang penguasa masih menabur janji
yang terlebih lembut gigi dari lidah. Mencecer-cecer air liur.
katanya " Saya ada segala-galanya...jangan mencabar saya,
nanti saya telanjangkan segala-galanya... menangis nanti...!"
"Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan
segala-galanya ada orang yang demam nanti!"

Pemerhati ada yang sengeh dan tak kurang yang terloncat-loncat sambil menepuk tangan.
Selepas itu kotak itupun teruskan agendanya MENIPU RAKYAT.

-Hari ini ada gambar besar sang penguasa dengan orang kampung
sedang tawar -menawar melelong harga diri di laman akhbar yang terbit hari-hari.

"Orang-orang yang zalim itu akan mengetahui di mana mereka akan jatuh,"
-Al- Syu'ara: ayat 227.

Monday, January 10, 2011

terkepung ...




Aku
sebentar tadi
telah dihumban kedalam sebuah kota batu
yang bersel kecil.
hawa dinginnya panas membungkam
menyucuk hingga ke rongga dan tulang hitam,
hati terkaku dan ngilu.

Jeritan, pekikan...
lolongan suara jelik dan pelik sekali...
umpama suara-suara sumbang si himar
yang merentasi kuburan yang penghuni
dalamnya sedang bertarung dengan Munkar dan Nakir!

Hanya selawat dan zikir
menjadi peneman dalam diri.
Terima kasih Tuhan.


-Terpinga-pinga memerhati sekumpulan manusia bersongkok tinggi
melolong-lolong dan terkinja-kinja seraya menunjukkan penumbuknya ke langit.
Jerit mereka..." hidup...hidup...hidup songkok tinggi!"
Sedang tuan-tuan kumpulan bersongkok tinggi kian rakus
mengumpul segala hak dan milik mereka untuk digadaikan.
TUAN MEREKA JUGA BERSONGKOK TINGGI!

Sunday, January 9, 2011

TEGANG!



2011 dah hampir setengah bulan berlalu namun 2010 masih lagi lekap dan likat melekat di hati.
Bukan susah mau melupakan 2010 tapi masa datang dan pergi itu terasa begitu pantas.
Tak terhambat dengan teknologi dan tak terkejar dengan memori yang semakin menderu-deru datang menimpa.
Lupakan tentang azam (akulah tu) dan mau teruskan doa saja semoga hati tidak tergelincir dari landasan iman. Kaki tidak terpelecok bila meniti batas-batas kehidupan. Tuhan...mohon jangan Kau pesongkan aku selepas Engkau titipkan nur menerangi hati. Mohon usah Kau timpakan kedukaan yang tak tertanggung kemampuan seorang aku...DOA.

A -POLITIK
Apa cerita dengan Selangor tiba-tiba saja didatangkan ribut?
Bukan dalam cawan tapi 'taufan' di luar cawan. Derunya kuat sekali
bagai ada sesuatu yang mau direntap dari rakyat.
Akhiranya Selangor diisi SUK yang BARU...aaaa...

B - AMAH.
Kisah yang tertutup dengan nyiru. Bangkainya tak terdaya nak diawet lalu membusuk!
Harap-harap ini cuma gossip politik sebab bila ditengok pada 'Yang kena tuduh' mustahil dia boleh buat macam tu... (wife diapun masih tegang lagi) Tak taulah sebab 'AMAH' yang kononnya yang menjadi mangsa tupun boleh tahan jugak orangnya...
Minta orang-orang politik jangan tegang-tegang urat , berilah peluang 'yang kena tuduh' itu kendurkan dulu anunya. Boleh tegang juga ooo ini kes....amahhh!

C - BN.
Habuan tahun baru daripada pemerintah. Dalam kalut dan resah dengan masalah yang berganda-ganda PM datang senyap-senyap (selepas kena campak) membuat tindakan yang tidak popular.
Kenaikan harga beberapa jenis barangan kawalan menggemparkan.
MINYAK RON95 dan RON97 dinaikkan. Tidak lama jaraknya selepas dinafikan akan kenaikan. Lain-lain barang keperluan turut dinaikkan.
Maka kini tidak hairanlah kalau kita lihat, banyak pemidang protes yang digantung dan direntang sepanjang jalan di ibukota sekarang ini. Rakyat dah tak malu-malu dan segan-segan lagi untuk meluahkan perasaan mereka. MARAH, MALU dah ditolak ketepi janji pemidang protes BN= BARANG NAIK itu dapat dilihat oleh BN sebagai pemerintah. Kali ini rakyat marhaen yang tertindas mau BN TURUN dan dendam akan ditunaikan ketika datangnya PRU13 nanti. Ya..BARANG NAIK perlu diturunkan. Ammmah!

Saturday, January 8, 2011

Monday, January 3, 2011

handle with care!




Gitulah
yang selalu berlaku dalam hidup,
yang diundang tak datang-datang
tapi yang tak diundang itu datang bertamu...
sampai enggan pulang!

Sebagai makhluk ciptaan Allah
kita tunduk pada ketentuanNya
Dia mengatur kehidupan
Dia Pemilik Tunggal
yang boleh bermaharajalela!

Kecintaan kita pada dunia...fana...
pada wanita ...fana
pada anak-anak ...fana...
pada yang ada di depan mata juga
semuanya fana...
ABADI hanya GUSTI ALLAH!


P/S: KHUSRIN (nama saintifik)
adalah sejenis serangga perosak
yang ditugaskan oleh tuannya untuk membuat
kerosakan di bumi Darul Ehsan di bawah pentadbiran RAKYAT .
Sesungguhnya khusrin itu Rugi dan jauhlah diri dari
perkara-perkara yang boleh mendatangkan kerugian.