Thursday, October 29, 2009

... yang hening dan bening!

MASJID BESI PUTRAJAYA


untungnya PUTRAJAYA?



Rata-rata pelawat ketika menjejakkan kaki ke PUTRAJAYA pasti akan kagum. Kagum dengan prasarananya, kagum dengan lanskapnya dan kagum dengan nilai seni yang melatari setiap inci ruang Putrajaya. Putarajaya, merupakan pusat pentadbiran negara yang berstatus pintar ini sudah menjadi Bandaraya yang elitas. Penghuninya juga dari golongan yang elit dan pengunjung juga terdiri daripada kalangan super yang berbagai kebolehan dan kepakaran.
Hari minggu yang lalu sesekali melewati Putrajaya bersama keluarga begitu menyeronokkan. Dapat rakam apa yang menarik sudah membangkitkan semangat yang tak keruan. Ada ghairah, ada syahdu dan pelbagai perasaan datang bertubi-tubi menjentik jantung hati.
Ketika berkelana melewati satu lagi mercutanda iatu MASJID BESI, hati tiba-tiba terdetik dengan perasaan 'wuiiiiyo!' Pandang di kiri rasa terperanjat dan pandang di kanan rasa terkagum dan tercangak-cangak atas dan bawah rasa ' mak-datuk!'. Macam rusa masuk kampung! pun ada. Dari ruang-ruang yang lopong itu aku sempat merakamkan beberapa shoot yang menarik 'view' (daripada pandangan mata kasar akulah orang lain aku tak tahu) dan sedikit interiornya. kemudian persekitaran kiri dan kanannya yang saujana mata memandang.
Masuknya waktu asar, azan bergema. Jemaah mula datang, dari seorang ke seorang. Selesai solat qabliah asar, aku meluru ke hadapan saf. "Aaaa... mana jemaah lain ni... takkan 4 orang di kanan dan 3 orang di kiri, yang lain tak datang solat ke?" Soalan jahat dari hati terpantul tiba-tiba. Soalan baik dari hati meluru..." penghuni yang sekitar sini solat kat masjid lagi satu kot?" Phew! Nasib baik imam sampai (biasalah imam datang lewat sikit) kalau tidak, silap-silap aku ditolak jadi imam!
Selesai solat pelbagai persoalan datang bertimpa-timpa. Semuanya bersifat 'question mark' yang tidak ada jawapan. Akhirul qalam, hati cuma mengucap Subhanallah dan sungguh beruntung menjadi resident Putrajaya, kalau di tempat lain nak dapat dirikan sebuah masjidpun macam-macam yang terpaksa diharung, dari asas modal hingga ke prosidurnya (birokrasi) kadangkala boleh menggagalkan sebuat niat yang suci. Tapi tidak di tempat elit ini, masjid godang-godang romannya tapi jemaahnya mana poie entah! Saf pertamapun jarang-jarang macam tiang lampu jaraknya. Hehehe...SELAMAT HINGGAP KE PUTRAJAYA!

Monday, October 26, 2009

YUSOF EMBONG



USTAZ YUSOF EMBONG.
Seorang guru/ pendakwah yang cukup wibawa. Cukup energetik dan sungguh sofistikated. Uslub dan metodologi dakwahnya seiring dengan zaman.
Penggunaan komputer riba dan power point sudah menggambarkan yang beliau memang komited dengan kerja dakwah. Dakwah baginya bukan kerja main-main. Bukan hobi sambil lewa tetapi ini betul-betul punya jalan!
Beliau bergerak dari satu surau ke satu surau memenuhi jemputan dan pergerakkan itu seolah-olah realiti hidupnya yang sentiasa berpindah-randah mengajar dari satu sekolah ke sekolah yang lain(pedalaman), menabur bakti kepada pertiwi. Perpindahan bukan atas sebab permohonan diri tapi 'PERMINTAAN ORANG ATAS' yang agak tidak selesa dengan dakwahnya. Menyampaikan kebenaran memang menyakitkan dan itulah jalan agung yang dia pilih sebagai bukti 'KITA HAMBA ALLAH' dan redhanya tulus pada ALLAH.
Kesungguhan dan keikhlasannya sebagai pejuang agama memang tiada nilainya. Barangkali seluruh BAJET 2010 jika dilambakkan kesakunyapun belum cukup untuk dikira sebagai upah sebuah pengorbanan yang tak ternilai ini. Semoga Ustaz YUSOF EMBONG terus istiqamah dengan perjuangannya. TAKBIR!

laluan sutera


Jarang-jarang dapat melihat suasana begini.
Awan bagai turun ke tanah dan melengkung dengan warna sedikit kilat biasan dari cahaya matahari yang semakin tenggelam di ufuk Barat.
Cahaya senjanya ronanya keemasan.

Thursday, October 22, 2009

RELEVANT!

AWAL PAGI
11/10/2009
MARKAZ BESAR PAS
BAGAN PINANG
port dickson.

hujan gerimis
seakan menangis
menanti sebuah keputusan
yang lahir dari budi yang membumi.
KEBENARAN BELUM MEMUNCAK.

... kembangmu menguning lagi.


KEBESARAN
bukan pada warna
KEKUATAN
bukan pada hebat
dan
KEAGUNGAN
itulah leluhurnya...
HATI dan BUDI

... biru purple


KONTRAS
tapi...
kimianya
tetap kuat
untuk bersatu
dalam satu taman.

SUBHANALLAH
untuk-MU
daripada hati
yang rendah ini.
seorang FAKIR...

Wednesday, October 21, 2009

kuning


kuning yang
menguning...
berbunga segar
di laman bonda.

Tuesday, October 20, 2009

pagi yang bercahaya...















Detik matahari sedang menodak di ufuk utara.

Monday, October 19, 2009

... yang bercahaya














DAPAT mendengar nasihat daripada Prof. Agus memberi sedikit motivasi. Fikiran kembali segar dengan harapan- harapan yang bukan angan-angan. Maunya kita sebenarnya tanpa penghujung dan kehendak kita sebenarnya REDHA Allah yang utama. "Jangan mau yang bukan-bukan. Jangan harap bulan dan bintang dan menjadi orang yang bersyukur itu adalah nikmat daripada Allah untuk hamba-hambanya yang bertaqwa!" Pesan Prof. Agus yang datang menjalar dengan TOYOTA CAMRY barunya berplate nombor AGU 5. Pesan manusia yang asalnya marhaen yang mahu mengubah nasib. Nasihat seorang ayah yang panjang perjalanan hidupnya. Dari daerah daif dia datang dan kini dia boleh berbangga menjadi elitis yang insaf. Syabas untuk Professor Agus Yusof.
Tazkirah ringkas tapi cukup bermakna. Baru tersedar yang aku ini lebih banyak TAK TAHU DARI TAHU. Pesan terakhir beliau " Harta yang kekal untuk ditinggalkan untuk anak-anak bukanlah wang ringgit tetapi ilmu, sebab wang boleh hilang sekelip mata dan ilmulah yang menjadi cahaya penyuluh hidup!"

Thursday, October 15, 2009

CAHAYA yang suram



Seminggu selepas berakhirnya PRK BAGAN PINANG N.31.
BN menang dengan majoriti besar dan pemenang itu ketika ini sedang membesarkan dirinya dengan pujian yang melambung-lambung dari rakan taulan. Pemenang itu sedang bergaya menunjuk-nunjukkan kehebatan dirinya sambil mengherdik para musuh politiknya. Dia anak jati yang tau segala-galanya tentang Bagan Pinang. Dialah seorang pemimpin tempatan yang sentiasa dekat dan melekat di hati masyarakat sekitar sini. Dialah yang mampu memberi sumbangan kepada makhluk-makluk yang bermukim di sini. Dialah itu dan dialah ini. Dialah yang sebenarnya layak menjadi pemimpin di tempat tanah tumpah darahnya ini. Dia sudah menunjuk-nunjukkan bakatnya mentadbir bukan setakat area-area sini sahaja, dia pernah jadi MB agak lama dan dia pernah menjadi MENTERI KABINET yang hinggap dipelbagai potfolio. Sejarah dan ketokohannya sukar digugat oleh sesiapapun. Cuma yang buatkan di tersingkir adalah masalah TEKNIKAL dalam parti. Dia dituduh pengamal politik wang dalam parti dan dia disingkirkan oleh kawan-kawannya sendiri yang bengang dengan dia. Dia dah dihukum oleh Parti dia dan dia dah bebas, dia dah bersih sebersih-bersihnya.
Kini kemenangan dia di Bagan Pinang membuktikan segalanya. Rasuah teknikal yang dilakukan dulu telah dimaafkan oleh masyarakat setempat dan pucuk pimpinan partinya. RASUAH DULU TU BUKAN RASUAH sebenar. PM dah explain panjang lebar kat Peranchis tempohari. Jadi kita fahaaaaaaammmmmm! Ketika ini KEPENDEKKANNYA TELAH DIANGKAT MENJADI TERLAMPAU TINGGI!
(selepas ini kita tengok apo yang akan disapu sebersih-bersihnya... tanah rezab melayu N9 ado laei ko?)

ZULKIFLI MOHD. UMAR kini menjadi seorang tokoh yang bagai terpinggir. Dia digambarkan oleh pemuka-pemuka arus perdana sebagai MAKHLUK ASING yang tak layak memimpin. Orang Bagan Pinang@ Port Dickson tak hinginkan dia. Dia tak punya apa-apa merit yang cemerlang. Dia digambarkan sebagai lelaki yang tewas dalam 3 pilihanraya. Dia diwajahkan sebagai LELAKI YANG MENGHABIHKAN BOGHEH YO!

Sebenarnya telah berkurun lamanya,
suara dan keinginan itu terapung di permukaan riak dan buih
beralun-alun bagai buih-buih di Selat Melaka,
dan kemudian jauh dibawa gelombang
yang kemudian tenggelam di dasar lautan
menjadi lumut-lumut menghijau
melumuti karang-karang di dasarnya.

Kita (PAS) kini sedang menggilap sebutir bintang yang bakal bersinar. Dia AKAN MENJADI SANG TOKOH... INSYAALLAH. TAKBIR!

Wednesday, October 7, 2009

CAHAYA




Untuk menghasilkan mood yang baik dalam sesuatu pengambaran, elemen cahaya memang amat-amat diperlukan.
Kalau tak de cahaya tak berdetik picu kamera. Kalau tak de cahaya gelap je gambar tu. Hitam... legam siapa yang berkenan... ye tak?
Cahaya dalam istilah fotografi ni pun macam-macam jenisnya. Saya tak sempat khatam lagi, cuma main belasah aje. Itu yang kadang-kadang gambar yang diambik tu nampak semacam....je!
Ada masa masa kita nak ambil gambar tu, suasana nampak terang aje... bila dah ngambil gambar, mak aiii hitam la pulak? Suatu ketika kita tengah fokus bagai nak rak tapi gambar yang terhasil macam silluatte! Padahal kita bukan maukan gambar sillhoutte. Ada masa bila dah terlebih cahaya, sampai 'terbakar pulak result dia. Sah setting kamera tak betul dan try and error kita tu macam untung sabut, timbul dan untung batu tenggelam. Pendek kata kebijaksanaan dalam mengendalikan kamera amat penting.
Tak keterlaluan kalau diistilahkan sebagai "light is photography and photography is light"
Ah... apa-apalah yang penting nak ambik gambar perlu cahaya. Cahaya itu asli atau cahaya tidak asli tak jadi hal, kreativiti kita mampu untuk menghasilkan sebuah gambar yang cun.


p/s: HIDUP INI JUGA PERLUKAN CAHAYA!