Thursday, October 29, 2009

untungnya PUTRAJAYA?



Rata-rata pelawat ketika menjejakkan kaki ke PUTRAJAYA pasti akan kagum. Kagum dengan prasarananya, kagum dengan lanskapnya dan kagum dengan nilai seni yang melatari setiap inci ruang Putrajaya. Putarajaya, merupakan pusat pentadbiran negara yang berstatus pintar ini sudah menjadi Bandaraya yang elitas. Penghuninya juga dari golongan yang elit dan pengunjung juga terdiri daripada kalangan super yang berbagai kebolehan dan kepakaran.
Hari minggu yang lalu sesekali melewati Putrajaya bersama keluarga begitu menyeronokkan. Dapat rakam apa yang menarik sudah membangkitkan semangat yang tak keruan. Ada ghairah, ada syahdu dan pelbagai perasaan datang bertubi-tubi menjentik jantung hati.
Ketika berkelana melewati satu lagi mercutanda iatu MASJID BESI, hati tiba-tiba terdetik dengan perasaan 'wuiiiiyo!' Pandang di kiri rasa terperanjat dan pandang di kanan rasa terkagum dan tercangak-cangak atas dan bawah rasa ' mak-datuk!'. Macam rusa masuk kampung! pun ada. Dari ruang-ruang yang lopong itu aku sempat merakamkan beberapa shoot yang menarik 'view' (daripada pandangan mata kasar akulah orang lain aku tak tahu) dan sedikit interiornya. kemudian persekitaran kiri dan kanannya yang saujana mata memandang.
Masuknya waktu asar, azan bergema. Jemaah mula datang, dari seorang ke seorang. Selesai solat qabliah asar, aku meluru ke hadapan saf. "Aaaa... mana jemaah lain ni... takkan 4 orang di kanan dan 3 orang di kiri, yang lain tak datang solat ke?" Soalan jahat dari hati terpantul tiba-tiba. Soalan baik dari hati meluru..." penghuni yang sekitar sini solat kat masjid lagi satu kot?" Phew! Nasib baik imam sampai (biasalah imam datang lewat sikit) kalau tidak, silap-silap aku ditolak jadi imam!
Selesai solat pelbagai persoalan datang bertimpa-timpa. Semuanya bersifat 'question mark' yang tidak ada jawapan. Akhirul qalam, hati cuma mengucap Subhanallah dan sungguh beruntung menjadi resident Putrajaya, kalau di tempat lain nak dapat dirikan sebuah masjidpun macam-macam yang terpaksa diharung, dari asas modal hingga ke prosidurnya (birokrasi) kadangkala boleh menggagalkan sebuat niat yang suci. Tapi tidak di tempat elit ini, masjid godang-godang romannya tapi jemaahnya mana poie entah! Saf pertamapun jarang-jarang macam tiang lampu jaraknya. Hehehe...SELAMAT HINGGAP KE PUTRAJAYA!

No comments:

Post a Comment