Wednesday, June 16, 2010

20 darjah celsius



DINGIN. Sedikit hujan yang berkabus membuatkan Bandaraya HongKong seakan berada di puncak gunung. Perjalanan sedikit terusik kerana cuaca yang begitu kurang mesra untuk kami merayap di luar kota. Hanya bergerak dalam bas yang kadang-kadang merentas perjalanan di bawah laut. Bagusnya perjalanan tidak 'macet' atau jem seperti kota KL. Meninjau-ninjau panorama hanya melalui tingkap bas ketika bersiaran amat membosankan.
Nak jumpa Jackie Chan pun tak boleh dan pergi rumah diapun tak dapat turun, sekadar melihat dari jauh sebuah rumah agam di atas bukit mengunjur mengadap pantai. Geram kami pada Jackie Chan hanya dapat dilampiaskan pada sekujur patung lilin berwajah Jackie Chan.
Sayang betul kerana tak dapat KARATE dia...heheeee!

Mengurus emosi bersama famili.




KESEMPATAN begini hadirnya cuma sekali-sekala.
Pelayaran ke Kota fantasi Kota Hong Kong terutamanya ke Taman DISNEY memang mengasyikan. Puas dengan layanan karektor2 kartun yang saban hari muncul di layar TV.
Rasa bagai enggan pulang dan mahu menetap terus di taman itu.
Tapi mana boleh, Hong Kong bukan tanah tumpahnya darahku! Malaysia negaraku.
Tak ada Tarzan pun tak apa dan tak ada DISNEYpun tak mengapa kerana aku dah punya segala-galanya DI SINI!

Monday, June 7, 2010

bila perlu sahaja!




Mungkin...
ada ketikanya
kita boleh mengaum
segarang harimau...

ada masanya
kita perlu menjadi
seekor kucing
manja
simpan kuku dalam jari
mengiau manja!

sekadar ingat sebelum lupa!




Kadang-kadang kita
selalu saja lupa dan alpa
tentang apa-apa
yang bermain di sekeliling kita
sedar-sedar...
kita bermusuh
dengan sangkaan kita sahaja!



-sangka baik saja!

Thursday, June 3, 2010

...selfish?



AKU...
bukan ikan
yang boleh
digoreng...
digulai
direbus
ikut selera
apa
yang kamu MAHU.

Tuesday, June 1, 2010

GAZA





Langit kami terang
bumi kami terang
bergenderang dengan perang!

Air mata menitis
bak darah mengalir...
air peluh yang merenik...
bak darah memercik
suara kami...
sudah tidak kedengaran!

Wahai Tuhan...
Engkaulah penolongku,
dengan-Mu aku memohon pertolongan:
Engkau benteng hidupku
dengan-Mu aku membentengi diriku,
dengan-Mu aku memohon perlindungan.

Wahai Tuhanku!
tersungkur di hadapan-Mu
setiap yang angkuh, bongkak dan ingkar
dan tunduk kepada-Mu setiap yang berhati Fir'aun

Ku sebut nama-Mu
sepanjang malamku
dan
kuselimuti diriku
dengan memuja-Mu!

MOHON RAHMAT-MU
YA ALLAH!