Friday, August 28, 2009

MENGINTAI RAHMAH di awal Ramadhan Kareem.



...dan aku sedang membujuk hati
aku tidak mahu apa-apa lagi
aku mahu lupa segala nikmat
lupa segala keseronokkan
yang pernah direguk.

Aku mahu pasrah
pasrah tentang segala-galanya
mencari detik itu
detik yang pernah dijanjikan
sejak azali
di Ramadhan yang awal.

detik itu
detik tulus
perlu sedikit kekuatan untuk
MENGINTAI RAHMAH ILAHI
di awal Ramadhan Kareem.




-Semua yang Allah jadikan bukan untuk suka-suka tetapi diseru untuk patuh dan tunduk, memberi bakti kepadaNYA. SUBHANALLAH!

2 comments:

  1. Salam sahabatku az,
    Sungguh. Jangan kita lemahkan kekuatan Islam itu dengan kelemahan sifat malas kita. Yeah! Kita perlukan kumpul kekuatan!

    ReplyDelete
  2. Teringat masa menjadi tetamu Allah di Makkah dulu...insaf sangat tengok kosmologi gurun yang kering tu...tengok topografi bumi tu...Masya'Allah hanya hamba-hamba yang kuat dan gagah sahaja yang berjaya menakluk NAFSU. Musuh tak pernah rehat membantai orang Islam dan orang Islam walau banyak tetapi hanya menjadi buih-buih sahaja.POWER dah hilang sebab ISLAM BUKAN DIANGKAT JADI DUSTUR!

    ReplyDelete