Thursday, August 12, 2010

Politik.



6/8/2010
Ada sedikit ruang untuk politik.
Sebenarnya, selepas PRK HUSEL dulu, aku dah agak kurang ambil kisah tentang politik. Bukan tak kisah dengan peristiwa semasa tetapi otak terlalu tepu (masalah) sehinggakan selera untuk mahu tahu hal ehwal semasa menjadi sedikit pudar. Kurang teruja.
Namun pada 6/8/2010 yang lalu aku mengambil kesempatan untuk hadir ke Ceramah Perdana PKR di Stadium Kajang yang kebetulan sangat hampir dengan rumah.
Datang tetapi agak terlewat. Tan Sri Khalid YB Selangor dah selesai berucap. Dia dah balikpun!
Ketika datang YB Sekinchan tengah berapi-api berpidato. Dengan Bahasa Melayu lancar dan berselang seli dengan loghat Jawa yang fasih dan sesekali mengejutkan audien dengan hafalan hadith, memang betul-betul mengkagumkan. Wah! Bukan senang mau hafal hadith dan bukan mudah bagi seorang cina mahu bercakap fasih Bahasa Jawa . Tabik Untuk YB Sekinchan! (maaf nama diapun aku tak ingat.)
Kini tiba giliran YB Azmin Ali. Seorang YB pakatan yang sedang digroom untuk jawatan yang lebih besar sesuai dengan kaliber yang beliau ada. Ucapannya bersemangat tetapi terkawal dari emosi yang melulu. Dia juga hebat rupanya. Pembongkaran tentang TENDER SYABAS DAN PARKING SELURUH SELANGOR ketika zaman YB Selangor era BN dulu memang memeranjatkan. Oh! Kalau beginilah kerajaan dulu mengurus harta rakyat, tidak mustahil yang rakyat akan terus miskin dan tertindas. Hasil Mahsul negeri pergi kepada orang-orang tertentu sahaja. Kekayaan hanya berputar sekitar puak-puak mereka sahaja. Yang kaya terus-terusan kaya dan miskin terus papa kedana.
Audien sekitar 2000 orang bagai terkejut dengan pendedahan itu dan ada yang spontan melaungkan suara keramat 'REFORMASI DAN TAKBIR' berselang seli.
Jam 12.00 malam acara berakhir. Aku pun pulang dengan tekad mahu selamatkan Negeri Selangor dari jatuh ke tangan BN semula!

No comments:

Post a Comment