Wednesday, March 10, 2010

ketawa...


yang mengalir ke lembah...














SEJUK kah...
sejukkah mata...
sejukkah jiwa ...
kiranya
gelora dalam jiwa
bagai badai meronta
bagai taufan membadai
bagai si naga-naga menghembuskan api
bagai gunung berapi memuntahkan lahar
SEJUKKAH?


-mengharap harimau yang ganas tidak mengganas lagi kerana luka di dadanya parah benar.
Kukunya yang mencengkam semakin mereput.
Taringnya yang tajam dah goyah amat!
Raung mengaum dah tersekat di celahan kerongkong!

Thursday, March 4, 2010

'TABOO...!'


























HARIMAU! Semua sedia maklum spesis haiwan liar yang ganas. Haiwan rimba yang garang. Rupanya juga cukup menggerunkan. Namun, namanya pun HARIMAU dan dia juga MAKLUK ALLAH macam manusia juga, tidak mustahil GANASNYA SANG HARIMAU LANGSUNG TIDAK DAPAT DIJINAKKAN!
-Mana tahu SI GANAS itu boleh berubah menjadi RAMA-RAMA yang cantik, comel dan JINAK!

Wednesday, March 3, 2010

BANG MAT SABU














SEORANG politikus yang gigih mendepani tantangan dan cabaran dalam sepak -terajang politik. Hati dan jiwanya mantap berpadu dengan Parti Islam. Pernah meringkuk dalam penjara angkara AKTA GILA (ISA)dan pelbagai tekanan dan tribulasi namun dia tak pernah goyah dengan perjuangan menegakkan islam.

-3hb. Feb. 2010, di Dewan Orang Ramai Taman Baiduri Cheras.
-Secara bersahaja beliau mengupas isu-isu hangat tapi berat seperti kehilangan enjin Jet dan Masalah KAPAL SELAM. Kebiasaannya isu-isu berat apabila jatuh ke tangannya, isu tersebut akan lebih mudah difahami. Jenakanya bersahaja tapi cukup 'sakastik' bersulamkan pantun dan terkadang gurindam, celoteh yang lama terasa begitu singkat. Itulah kelebihan YBhg. Tn. Hj. Muhammad Sabu yang hensem itu! Heeee...
-semoga beliau terus berjaya dan istiqomah dengan politik islam!

Wednesday, February 24, 2010

bunga....





YANG cantik itu tak semestinya wangi...
YANG wangi itu tak semestinya cantik!

Wednesday, February 17, 2010

NUR ILAHI.














YA TUHAN...
musuh-musuh ganas yang mengganas
tidak pernah leka
tidak mahu berhenti
terus-terusan MEMUSUHIMU
DALAM DIAM
DALAM SEDAR
DALAM TERANG
DALAM JAGA...
sedangkan mereka tahu
mereka sudah jauh dari landasan yang benar.

YA TUHAN...
kami bukan mau menyerah
kami bukan mahu mengalah
DOA KAMI
minta kami
rayu kami...
KAU HANCURKAN KUFFAR!

Wednesday, February 3, 2010

sesejuk embun pagi















KEPADA hambaNya Dia bentang dua jalan,
wahadainahun Najdain.
Allah uji mereka dengan fujur dan jalan taqwa untuk menilai siapa di antara mereka yang benar dan patuh kepadaNya.
Rasul dan Kitabullah sebagai penunjuk, penyeru dan pembimbing ke jalan taqwa.
Syaitan pendorong ke jalan fujur dan kufur.
Semoga kita Istiqamah di LANDASAN TAQWA.
AMIN.

-AMAL.
Pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Jazakallahukhairan kathira.