Thursday, May 13, 2010

kau pergi....


ADA hari akhirnya. Itulah makhluk tidak kekal di sini tapi kekal hanya di Negeri Abadi.
Asha'ri Muhammad, itulah tokoh yang meributkan suasana negara seputar 80an hingga akhir 90an dengan DARUL ARQAM yang akhirnya hilang ditelan masa. Maaf ada sedikit kecelaruan akal dengan al -Arqam ini yang sehingga sekarang kekusutannya masih tidak terungkai.
Biarkanlah dia pergi dan doakan moga rohnya aman di pusara abadi.
Jangan dibuka lagi dan jangan ditayang-tayang lagi akan 'AURATNYA.' Simpan minda keruhnya dalam-dalam dan tutup rapat-rapat dalam peti sejarah. Minda jernihnya kita jadikan teladan!

AL-FATEHAH UNTUK ASHA'RI MUHAMMAD!

-13 mei 2010 -satu lagi dalam lipatan sejarah.

Wednesday, May 12, 2010

sepanjang jalan kenangan...








































"PANDANGAN MATA YANG TERIRING DENGAN HASAD,
ADALAH PANDANGAN HATI YANG DI DALAMNYA PENUH DENGAN KEBURUKAN!"

dim sum kehidupan!

Penat buka buku... tutup buku.... tapi tidak ada yang menyentuh jiwa.
Perasaan bosan dan menyampah mula mendarat secara tiba-tiba!
Ah! Semua buku yang tebal-tebal aku campak ketepi. Rasa dah betul-betul malas untuk meneruskan niat membaca.
Aku capai buku catatan lama yang kulitnya dah agak kusam dan berdebu. Buku catatan lama yang ruang dalamnya masih banyak yang kosong. Masih tidak ada catatan yang masuk dalam buku catatan. MasyaAllah, rupanya aku dah lama tak mencatatkan apa-apa dalam diari ini. Selalunya aku kepit buku ini kemajlis-majlis ilmu. Menjenjeng kehulu-ke hilir bila ada tazkirah ataupun majlis ilmu.
"Adab orang menuntut ilmu ialah berguru. Berjumpa guru pula jangan eksyen dengan menyandar sambil pejam-pejam mata di tepi dinding atau tiang-tiang masjid. Sediakan buku catatan dan pen untuk mencatat peringatan penting. Kalau takpun rakamlah ucapan guru tersebut. Harus diingat, catatan itu suatu hari nanti akan jadi warisan yang tak ternilai!"
Aku terus membuka dan membelek catatan yang berbentuk point-point itu, lagi dan lagi dan lagi. Tangan aku terhenti pada satu catatan yang rasanya cukup ringkas.

Tazkirah subuh.
Ramadhan 12/9/2009.
Ust Dr. Kamaruzzaman.
Tajuk: CARA KAWAL EMOSI.

Berkata Yahya bin Mua'az al-Razzi.

3 perkara yang jadi habuan berguna untuk orang-orang mukmin.

A)- Apabila tidak dapat memberi kebaikan kepada orang lain, jangan pula menyusahkan dia.

B)- Apabila kita tidak sudi menyukai hatinya, jangan pula kita buatkan dia berdukacita dan gundah- gulana.

C)- Apabila kita tak suka memuji kebaikan dia, jangan pula kita mencela-cela akan dia.

Oh! Terima kasih Dr. Kamaruzzaman, walau wajahnya sudah tidak dapat diingati,
tetapi ilmu yang disampaikannya itu masih boleh dihayati.

Betullah...tak rugi kita bawa pen, kertas atau apa saja bahan untuk mencatat segala ilmu yang disampaikan oleh guru, kerana ILMU ITU EMAS!

Tuesday, May 11, 2010

FAITH!



































JIWANYA cukup besar.
kesudian dan kesanggupan beliau untuk turun
bertemu dengan masyarakat bukan islam
adalah sebuah pengorbanan.
Wang ringgit bukan upahnya.
Dengan dakwah bil hikmah
beliau serius
mencari-cari ruang dan peluang untuk mendekati
dan mengeratkan perhubungan antara
muslim dengan non muslim.

masing- masing telah terikat dengan FAITH.
Bagi orang islam terikat atas asas aqidah
dan bagi non muslim atas prinsip kemanusiaan,
suatu perasaan dalaman yang berharga,
mahal, mana mungkin boleh ditemui
berserakkan di jalan-jalan raya!


-YB. DR MUJAHID YUSOF RAWA.
(usrah/tarbiah haraki 9/5/2010)

Sunday, May 9, 2010

rerama itu...

































MAAF...
kerana tersentuh hatimu
tanpa sedar
tanpa ada tali yang mengikat.
semuanya ini atas takdir Ilahi!

DIA lebih mengerti
Dia lebih memahami
mengenai segalanya!
MAAF!

Tuesday, May 4, 2010

makin kembang ....


















MUSIM DIA AGAKNYA!
senyum dah merata
sepanjang jalan
kenangan...

Lalang?


























Suka melihat cahaya terang yang datang dari ufuk barat di waktu pagi.
Bila difokuskan kepada sesuatu objek, ada efek menarik akan terhasil.