Monday, November 8, 2010

sad but true...




Mega mendung
yang sedang berarak itu
biarlah datang dengan warna jingga
bukan seperti biasa
kusam dan kelabu kelam warnanya
kerana...
aku mengharapkan
rintik-rintik hujan
yang mendesah itu nanti
mencurahkan emas!

- Khabar apakah yang ditinggalkan
lantaran maunya engkau kembali seperti biasa
tika juak-juak yang dipersisir
langsung tidak mengerti bahawa
aku amat perlukan engkau terus tersenyum
seperti biasa menabur budi dan bakti
walau tempatmu bukan atas pelantar emas!


sad but true (politik dan emosi)
(PJA & ZAID IBRAHIM- bukan itu yang kupinta!)

Thursday, November 4, 2010

benar tetaplah benar.




Nilai benar itu adalah daripada Allah.
Nilai haram dan halal, baik dan buruk dan palsu
semuanya berdasar kepada wahyu Allah.
Bukan rekaan sesiapa.
Maka kebenaran itu sampai kiamatpun akan tetap benar.
Kerana kebenaran itu tidak berharap kepada majoriti yang keseluruhannya
mengikut dzan, syak dan waham sahaja.

help me!




"JIKA ikhlas kita
terhadap Allah maka
Allah akan bersama kita
masa hidup mahupun mati."

-al syahid sayyid qutb.

" Kita selalu akan merasa sempit dada jika
kita merasakan kitalah yang memulakan dan
mengakhiri perjuangan ini, tetapi kesempitan ini
tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung
perjuangan yang lalu dan akan diteruskan oleh generasi
yang akan datang...Adikku usahlah engkau gerun dengan taligantung
yang akan menjerat leherku ini."

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar!

Riwayat seorang hamba Allah yang teguh memperjuangkan
dan menunaikan hak kalimah syahadah.
(motivasi diri sendiri)

Friday, October 29, 2010

branch...



RANTAI yang mengikat itu
atas nama cinta
dan
kasih- sayang
yang berbunga itu
segar dan kembang
pastinya
atas REDHA ALLAH DAN RASUL.


-semoga orang-orang di Galas dan Batu Sapi itu kenal PERMATA YANG BERKILAU
BUKAN KACA YANG MENYILAU!

hab haram?


KECELARUAN apakah yang menggaru-garu
minda orang-orang besar negara ini sehingga sanggup
memperdagangkan maruah agama?

Sedangkan yang Islam itu sendiri
tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya
mahu ditambah lagi dengan isi neraka
yang bobrok dan rosak.

Serakahnya begitu rakus benar.
gelora jiwanya begitu menggelodak pada rentak dan lagu.
warna-warna yang mempersona itu mau diangkat
menjadi medan anak-muda dan dewa -dewi
lupakan diri sebagai seorang
HAMBA KEPADA TUHAN YANG ESA!

-AWAS GENERASI AKAN DATANG DALAM BAHAYA!

Monday, October 25, 2010

Monday, October 18, 2010

salam...



Mataharipun sudah tidak mahu terang
rerumputpun tak mahu hijau lagi,

Protes diamnya
buatkan akal enggan bersuara
enggan berfikir
tentang hari esok!

Duhai angin
tiuplah...
hembuslah...
biar diam itu pergi jauh...jauh...

dan...
biarkan salam itu bersambut
dengan ucapan
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH!