Wednesday, February 16, 2011

sepi dan rindu...




SEPInya Adam
pada Hawa...
lahirlah Habil:

RINDUnya Adam
pada Hawa
datanglah Qabil;

Resah ummah
pada dunia
datanglah
MUHAMMAD S.A.W
bagai purnama
menerangi alam.

wajah-wajah 3.



wajah-wajah 2.



wajah-wajah.



Friday, February 11, 2011

SINAR...


Ya Allah!
Engkau tak pernah berhenti memberi
dan sentiasa memberi
cuma...
hambaMu sahaja
yang selalu sangat terleka
dan terkadang alpa.

- Kemurnian jiwa dalam erti kata pembangunan adalah membina bukan meruntuh sifatnya.
Begitupun kemahuan itu tidak akan berdiri tegak dan teguh, melainkan telah disatukan dengan jalinan iman dan taqwa yang ampuh kepda Tuhan.

Tuesday, February 8, 2011

hari ini aku datang...




Teman
ketika datang
aku menangis...

Teman...
Ketika aku
mahu berangkat pergi...
AKU CUMA MAHU SENYUM!

-kerna hari ini hari aku,
maka satu nafas yang kuregut
demi mengenal diri.
AKU HAMBAMU YA ALLAH!

Monday, February 7, 2011

wangi...



SEJAMBAK
cuma
namun
harumnya semerbak;

-pahlawan yang terbilang
andai kau gugur
gugurlah di medan juang;

-srikandi yang berjuang
andai kau jujur
gugurmu cukup terbilang;

PERWIRA
budimu dikenang
baktimu dijulang
dengan satu lafaz
ALLAHUAKBAR...
seluruh alam mewangi!

-MEDAN TAHRIR jadi saksi
Piramid mereput di BUMI AMBIA'
Islam kembali gemilang!