Kisah malang si Abu
tercampak ke penjara
merawanlah dia
akan untung sabut yang timbul
untung batu tidak timbul.
3 tiga lelaki kesemuanya berwajah ganas.
Lelaki A : wajahnya garang dan ada sedikit parut di pipi kiri.
Kesan jahitan jelas sekali.
Lelaki B : wajahnya juga garang, sesuai dengan warna kulitnya
coklat gelap. Keningnya sedikit cacat ada kesan parut panjangnya 2 inci.
Susah untuk dilihat senyum melainkan masam sahaja mukanya.
Lelaki C : Kulitnya cerah dan ada tompokan di bahu kanan seperti tatoo wajah naga.
Bengis dan pendiam.
Lelaki A, B dan C menerima teman baharu hari ini.
Pintu sel dibuka. Badan si Abu didorong secara keras. Si Abu terhenyak ke dalam
sel tersebut. Terpinga-pinga dengan suasana yang begitu asing dan menggerunkan.
Tak tergambar langsung yang dia akan tercampak ke sini.
Lelaki penghuni lama sel tersebut bangun serentak menuju kepada Abu.
Mata mereka bulat dan bundar. Abu memberanikan diri melawan
mata 3 lelaki ini. Dia sebenarnya bukan berani sangat tetapi terpaksa juga buat muka ganas dan garang. Berharap agar 3 lelaki yang akan menjadi kawannya merasa sedikit gerun dengannya.
"Saya Abu!" Dia cepat-cepat perkenalkan diri. Psikologi dimainkan untuk memotong rasa gentar. 3 lelaki tersebut terangkat kening serentak dan saling berpandangan.
" Kami 1Malaysia...saya Rojeeb, ketua sel ni..., yang ini Patha dan ini Soo Hun!"
Mereka bersalam dan saling bertakruf.
Abu mula beranikan diri bersembang dan sahabat barunya juga sudi melayan segala pertanyaan yang dilemparkan oleh sahabat baru mereka. Mereka memperkenalkan diri pada Abu.
Lelaki A @ Rojeeb : Pesalah kes bunuh seorang wanita 12 tahun yang lalu.
Lelaki B @ Patha : Pesalah kes bunuh dan rompakan bersenjata 10 tahun yang lalu.
Lelaki C @ Soo Hun : Pesalah bunuh abangnya tanpa niat 8 tahun sudah.
" Kami sudah perkenalkan diri...Lu apa kes bro? Tengok sama muka ini mesti kes
mandotori punya salah!" Kata Soo Hun kepada Abu.
" Orang melayu banyak kes itu 39B saja ..." Sampuk Patha.
Abu mula bersuara perlahan dia memberi tahu...." Salah saya sebab PAKAI BAJU KUNING!'
- Arakian diberitakan bahawa 3 lelaki garang dan ganas tersebut ketawa secara berdekah-dekah selama 3 malam tanpa henti. Keh! Keh! Keh!
(cerita ini tidak ada kena-mengena dengan orang yang susah mati atau susah hidup!)
Sunday, June 26, 2011
Monday, June 20, 2011
pesan- pesan sekilas!
Monday, June 6, 2011
SURPRISE!
Tuesday, May 31, 2011
SMILE....
Sebuah pesanan
kepada pemimpin masyarakat.
SENYUM
itulah tanda
engkau mudah didekati,
senang ditemui
dan senang berbicara soal-soal
kemasyarakatan
kerana engkau memimpin masyarakat.
Senyum itu pancaran jiwa!
Jangan engkau masam
dan memalingkan muka dari masyarakat
kerana itulah indikasi kejatuhan kamu
kerana masam dan memalingkan muka
dari masyarakat buatkan
hati mereka berfikir yang bukan-bukan tentang kamu.
Persepsi mereka tentang baik kamu akan jatuh ke kaki mereka!
Akhirnya percayalah
semua sekali akan menjauh
dan ketika itu engkau senyumpun sudah tidak ada makna lagi.
Senyumlah dari hati!
29/5/2011
Mendekati masyarakat atas kapasiti
PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT.
YB yang hadir ialah ADUN Balakong
dan MP Serdang YB Teo Nie Ching.
YB. Bangi dan YB Ulu Langat
tidak sempat menghadirkan diri.
Monday, May 23, 2011
gerhana...

Rasa kehilangan
bila segala deria yang menjadi pancaindera
tidak berada dalam kedudukan sebenar.
Hambar,
tawar dan segala rasa
yang indah-indah.
rasa yang manis-manis
telah pergi
mengundang gerimis di hati...
pipit tidak melayang...
sayapnya sudah terkehel
...
innalillahiwainnailaihirajiunn...
kepada anak kecil yang bersih
telah pergi mengadap Ilahi,
atas runtuhan itu
kita bina semangat
dengan rasa kehambaan
kepada Tuhan!
Tuesday, May 17, 2011
air yang menderu...
Saturday, May 7, 2011
testing over....
MUTAKHIR ini
angin timur laut dah rasa lain macam
udara selatan dan barat daya juga sudah panas membahang
angkasaraya dihuni mega
mendungnya yang hitam berkilat
menyesakkan rongga
bernafas bagai dalam debu...
utusan bagai pembunuh
datang menerpa
menerjah ruang desa dan kota
bangunlah si bangsat berpencak
bagai pesta
mahu jadi juara
atas nama matlamat
menghalalkan cara
API dinyalakan
marak menyala.
Orang-orang ini bermain wayang
wayang orang yang tiada kekunci pada iman
degar cakap tiada bikinan larasnya setaraf haiwan
sombong, bongkak, takabbur bagai rasaksa
mendada dalam jiwa
kerana baginya hukum agama dan moral
bukan tanggam yang mengikat!
-belalang...belalang...nasib engkaulah belalang....
Subscribe to:
Posts (Atom)