Monday, March 19, 2012

Landskap.



Kita masih berada di bawah langit yang satu!

Alhamdulillah!

Saturday, March 10, 2012

Thursday, March 8, 2012

Bahang....



Yang datang itu amat menyulitkan
rasa bukan sekadar sakit,
mata dan hati...
tetapi sendi juga bagai mahu tercabut
dari pasak!

- dari Utara
sesekali amat menyulitkan
Pohon doa moga bahang itu
bisa berhenti bergolak,
kerana otot dan otak sudah dimamah usia!

Sunday, February 12, 2012

nur Ilahi.




Aku akur ya Tuhan
dosaku tak terbilang banyak;
namun aku sedar,
sesungguhnya
RahmatMU itu
lebih banyak, lebih luas
daripada dosa-dosaku...

-abu nawas.

sekuntum.



Biarpun sekuntum cuma
bukan sejambak,
harumnya tetap semerbak;

Friday, February 10, 2012

nota kecil kepada diri 3



Sesekali dia datang
digigit rindu berisi hiba yang terselindung
di antara jarak jauhnya kota yang riuh
dan tertimbus di buntut bangunan
yang agam tirus dan meruncing
mencucuk-cucuk awan...

- suara seakan tersangkut di kerongkong
tak siapa yang pernah mengerti.
Hanya jadi tanda tanya dan noktah.

Thursday, February 9, 2012