Thursday, July 15, 2010

orkid...




JANGAN kau tangisi
dengan kekalahan ...
Jika itu sabil katamu,

Sabil itu bukan sini tempatnya
tapi itulah janji
yang tak pernah padam
sejak azali...
FIRDAUSI
itulah destinasi.

Darah-darah merah yang hanyir di sini
mewangi di SYURGAWI!
Barokallah!

Wednesday, July 14, 2010

helo kawan tak mau lawan!





YA AKHI...
YA SALAM...

Biarkan
speaker si singa itu mengaum
AUM...
AUM...
Lama-lama
dia DIAMlah!

Gigi reput
kuku patah
KUDRAT YANG ESA
BERKUASA!

Thursday, July 8, 2010

bukan realiti bukan ilusi...


Masih indahkah mimpi
masih riuhkah sepi
masih puitiskah puisi
sekiranya
realiti menjadi fantasi
dan mimpi
menjadi igauan ngeri?

Engkaupun permisi
dan...
sepipun bertamu kembali
...

Sunday, July 4, 2010

DON: what u want?




Hampir 15 tahun aku terputus hubungan dengan dia. Hari Khamis 1jun 2010 aku bertemu atas perjanjian yang tak sekukuh mana. Pertemuan di K.L Sentral banyak mengimbau kenangan lama.
Hampir ke semua topik pertemuan kami berakhir dengan happy ending. Gelak. Hahahaaa.... rupanya ada banya perkara lucu yang kami bualkan dan ada sedikit perkara sedih yang kami kongsi-kongsikan. Apa-apapun selamat maju jaya untuk seorang teman. Good Luck, may Allah bless you insyaallah!

-Tq nasi beriani kari kambing memang sedap, lebih-lebih lagi ada orang belanja! hahahahaaa...

Wednesday, June 16, 2010

20 darjah celsius



DINGIN. Sedikit hujan yang berkabus membuatkan Bandaraya HongKong seakan berada di puncak gunung. Perjalanan sedikit terusik kerana cuaca yang begitu kurang mesra untuk kami merayap di luar kota. Hanya bergerak dalam bas yang kadang-kadang merentas perjalanan di bawah laut. Bagusnya perjalanan tidak 'macet' atau jem seperti kota KL. Meninjau-ninjau panorama hanya melalui tingkap bas ketika bersiaran amat membosankan.
Nak jumpa Jackie Chan pun tak boleh dan pergi rumah diapun tak dapat turun, sekadar melihat dari jauh sebuah rumah agam di atas bukit mengunjur mengadap pantai. Geram kami pada Jackie Chan hanya dapat dilampiaskan pada sekujur patung lilin berwajah Jackie Chan.
Sayang betul kerana tak dapat KARATE dia...heheeee!

Mengurus emosi bersama famili.




KESEMPATAN begini hadirnya cuma sekali-sekala.
Pelayaran ke Kota fantasi Kota Hong Kong terutamanya ke Taman DISNEY memang mengasyikan. Puas dengan layanan karektor2 kartun yang saban hari muncul di layar TV.
Rasa bagai enggan pulang dan mahu menetap terus di taman itu.
Tapi mana boleh, Hong Kong bukan tanah tumpahnya darahku! Malaysia negaraku.
Tak ada Tarzan pun tak apa dan tak ada DISNEYpun tak mengapa kerana aku dah punya segala-galanya DI SINI!

Monday, June 7, 2010

bila perlu sahaja!




Mungkin...
ada ketikanya
kita boleh mengaum
segarang harimau...

ada masanya
kita perlu menjadi
seekor kucing
manja
simpan kuku dalam jari
mengiau manja!