Wednesday, August 25, 2010

sorotan tazkirah Ramadhan.


Penceramah: Dr. Kamaruzzaman (Pensyarah UKM)
Tempat: Surau Taman Sutera Kajang.

Berwatak sebagai seorang yang simple, mudah tersenyum, senang didekati dan ramah orangnya.
Tempoh masa tazkirah cuma sekitar 15 minit. Isinya padat dan sendat.
Audien dilihat suka dan gembira dengan cara penyampaian bersahaja beliau.
Dia mengupas beberapa cerita tentang Ramadhan. Tentang puasa dan sedikit bercerita tentang kerenah dan fe'el orang yang berpuasa. Aku macam biasa ingin merakam gambar, tetapi pada malam ini aku menjadi malu untuk memetik punat kamera. Mungkin terlalu memikirkan tentang masalah 'error 99' dekat lensa kamera cap ayam aku tu, buatkan nafsu untuk merakam gambar tidak menggebu-gebu seperti biasa. Maaf tinggalkan dulu masalah aku. Kita sambung cerita tazkirah Dr. Kamaruzzaman.
"Muslimin dan muslimat sekelian jangan tension-tension pada bulan puasa ni. Bulan puasa tak elok untuk bermurung tak tentu pasal. Kena ceria, kena gembira dan kena redha dengan anugerah Allah yang menjadikan bulan Ramadhan dan puasa. Bulan Ramadhan juga sebenarnya bulan silaturrahim. Tolong ambil kesempatan ini dengan mengeratkan tali silaturrahim. Yang jauh kita dekatkan. Yang putus kita sambung-sambungkan. Semangat kita tetap harmoni. Kita lahirkan rasa kasih dan sayang pada sesiapa saja. Baik islam atau tidak. Kita sama-sama zahirkan yang Ramadhan itu sebagai bulan cinta!" Semua jemaah tersenyum dan tersengih. Penerangan yang luar daripada kebiasaan ustaz-ustaz yang telah hadir ke surau ini rupa-rupanya memberi sedikit synergy kepada jemaah. Mereka bersemangat betul. Yang sekejab pejam dan sekejab celik di tepi-tepi dinding surau dah terbuntang mata mereka. Dah tak mengantuk dan tak tersengguk-sengguk di sudut surau. Hehehee...
Kata Dr. Kamaruzzaman lagi. " Cintailah kawan-kawan kita sepenuh hati. Jangan benci sepenuh hati. Kasihilah mereka dan saling kasih- mengasihi sesama kita. Kalau tak keberatan malam ini saya ingin mengucapkan saya sayang kamu semua, i love you all dan kita sama-sama ambil berkat di atas kemulian Ramadhan dan Puasa!" Dr. Kamaruzzaman menutup tazkirahnya dengan doa kafarah dan bersalam-salaman dengan jemaah.
Oh! Kalau macam tu aku juga mau ambil kesempatan di Ramadhan Kareem ini dan kemuliaan puasa ini dengan mengucapkan 'I LOVE YOU!'
Semoga Ramadhan ini yang terbaik dari yang sebelumnya. Wallahuaqlam!

Monday, August 23, 2010

Sayyid Qutb: hikmah!


Kezaliman itu mungkin
akan mengambil masa yang panjang
tetapi dia tidak kekal.
Dan kebenaran itu
kadang-kadang lemah
tetapi
dialah yang akan menang
akhirnya!

fikir&zikir


SEKIRANYA
kamu dah tua
apa lagi yang kamu
mahu kejarkan?

Sunday, August 22, 2010

MULIA MAHUMU?


Sahabat,
Kamu bertungkus-lumus
membanting tulang 4 kerat
gugurkan peluh
dan keringat
untuk mencari kemuliaan,

Namun
kamu masih gagal
menggapai impian...
kamu masih terlindung dari perhatian
kamu masih jauh untuk
menggapai kemuliaan...

sahabat...
jalan dan lorong SALAH itu
tidak membawa kamu
bertemu dengan KEMULIAAN!

Kerana...
Mulia itu
kepunyaan
MUKHLISIN.

Wednesday, August 18, 2010

TERTEGAKNYA TAQWA...


Sekeras mana hati kita
sekental mana jiwa kita
seteguh mana naluri kita
mahu lepas dan bebas
dari noda
dari gejolak nafsi...

Lantaran kita
akhirnya berjaya
menggenggam
segulung ijazah
dengan KEPUJIAN
TAQWA
di Universiti Ramadhan 1431?

riak Ramadhan al mubaraq!



KEHEBATAN seseorang itu
bermula apabila dia berjaya membebaskan diri
daripada dibelenggu oleh hawa yang merosakkan.
Mazmumah yang jahat lagi membinasakan!
Nafsu yang menyimpang
terarah kepada noda dan dosa!

Monday, August 16, 2010

semarak Ramadhan Kareem




YA KAREEM...
ini doa kami
ini cinta kami
selamatkanlah bumi kami!

Kau cucurilah
rahmat-Mu
kepada pejuang-pejuang sabil
ibu-ibu kami
dan anak-anak cucu kami...

Kurniakanlah wasilah
yang terbaik kepada Nabi kami
Muhammad s.a.w
sepertimana yang Engkau janjikan.

Dan...
Ramadhan ini
Kabulkan doa!