Tuesday, January 17, 2012

haruman





Yang datang bertamu itu
sering saja membisik rindu!

Pada-Mu ya Rahim.

Tuesday, January 10, 2012

nota kecil kepada diri 2


Aduhai...
Jangan tidur lagi
kerana mimpi
(tika mentari di puncak)
wajahnya huduh sekali,
Taulan dan rakan
sudah melebar di bulan sana
sedang kita....
aduhai masih leka
melarat di perut bumi.

Thursday, January 5, 2012

nota kecil kepada diri 1


Ketika berhadapan dengan suasana hidup yang baharu yang komplek sifatnya, aku terasa sedikit janggal dan agak terasing. Aku kadang-kadang terpaksa tunduk dan akur kepada kepada keadaan yang menyengat. Doa sungguh-sungguh moga dijauhkan segala yang buruk dan busuk. Sungguh-sungguh juga mengharab ranting-ranting yang menjulur kepada maksiat dan mungkar dipatah-patahkan. Doa dan bertawakal terus agar Allah terus memberi pertolongan kepada manusia yang memilih jalan benar ini tetap dengan benarnya.

Firman Allah (al -Haj; Ayat 40-41): " Dan sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama-Nya), bahawasanya Allah sungguh Maha Kuat lagi Maha Perkasa, (iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada Allah jualah kembali segala urusan."

Inilah hakikat hidup;
yang songsang itu tempang tingkahnya dan yang tulus itu lurus langkahnya.

Sunday, January 1, 2012

Friday, December 23, 2011

flora



Bulan
bintang
mentari
gugur menjadi taman.

- Tuhan
jangan dibolak-balikan hati kami
setelah Engkau anugerahkan
nikmat Islam,
nikmat iman
dan
nikmat ihsan!

Wednesday, December 14, 2011

pilihan.


Islam itu
indah dan menyelamatkan
bagai
air yang mengalir dari tempat yang tinggi
gunung dan ganang
mengalir kebawah menuju lembah dan datar
kemudian kembali
ke atas semula
menjadi wap,
jadi awan akhirnya kembali menjadi hujan
dan turun mengalir.
Tidak beku sifatnya Islam.

Tuesday, November 22, 2011

InsyaAllah.




... dan nafas yang kita hembus
sedang terbang bebas
menjadi kawanan angin
bersayap lebar di angkasa.

Kita hanya berdiri
di anjung
memerhati keluar
langit yang terbuka
tanpa suara.

Ya!
Kita tak perlu suara
kerana kita saling memahami
...

Harapan;
angin akan menjadi kawan pada hujan
yang turun membasahi bumi
lantas kita cepat-cepat memohon pada Tuhan
"Semoga hujan ini hujan yang bermanfaat!"
dan Tuhan memakbulkan doa.
InsyaAllah.

* Adakala berbicara itu sekadarnya sahaja
kerana yang memahami itu keterlaluan emosinya.