Sunday, September 27, 2009

FIRST RAYA DI AMPANGAN SEREMBAN




Keseronokan boleh dikatakan tiada. Mungkin juga sebab umur dan beberapa faktor lain yang jadikan penyebab kepada RAYA TIDAK SEINDAH MIMPI. Anak-anak pinak saudara sepupu- sepapat, cucu-cicit dan piut semua macam selamba aje. Kenapa?
Kalau dulu rasanya cukup meriah. Dengan saudara yang jauh kembali dan tetamu yang bertandang dari rumah ke rumah seolah bertandang dari hati ke hati. Mesra dan teramat mesra.
Salam diucap dan maaf bersambut dengan jiwa dan raga. Terkadang dengan syahdu, titisan air mata, tika dapat mengucup tangan ibu dan bapa. Itulah ultimate kepada Syawal, maaf bermaafan seisi keluarga. Kembali pada fitrah, kata orang sekarang 0-0. Bersih dan tiada demdam di hati dan tiada kesumat yang masih berbekas!
Kuih! apa-apa aje lah asal ada aje. Walau ada ketupat, ada lemang dan ada dodol tapi raya masih ditahap hambar. Mungkin sebab kuihpun main TUNJUK aje kot?
Meriahnya cuma stesyen TV. Raya bagai nak rak. Yang terpempan kat depan TV jangan harap untuk bertandang rumah kerumah. Ada sebekas kuih@jajan kat tangan... sampai habis siaranlah jawabnya. Dari stesyen ke stesyen dan dari channel ke channel dia bersiaran. Itulah makna raya bagi dia. Agaknyalah!
Apa-apapun SYAWAL adalah hari kemenangan membendung nafsu-nafsi yang serakah. Beruntunglah yang mendapat nikmat sekadar yang Allah ganjarkan tak kiralah yang menerima Qadr ataupun tidak, yang penting ada habuan daripada Allah. Dia dah janji amalan puasa adalah antara Dia dengan hambanya secara terus.
Yang rajin berqiamullail ada habuannya. Allah beri. Yang semangat bertadarrus dan bertadabbur ada habuannya yang Allah beri. Yang berusaha ingin meningkatkan Taqwa, Allah beri malah semua-semua amalan baik sudah tentu akan Allah beri ganjaran pahalanya. Yakinlah kerana ALLAH MAHA PEMBERI. Yang Allah enggan dan tak beri apa-apa ganjaran adalah pada hambanya yang malas mengejar taqwa, asyik bertada'REST' je. Inilah golongan yang rugi dunia akhirat. Nauzubillahiminzaliq.


p/s: PLEASE OPEN YOUR HOUSE AND PLEASE OPEN YOUR MIND! PLEASE...PLEASE...PLEASE!

No comments:

Post a Comment