Thursday, October 29, 2009

... yang hening dan bening!

MASJID BESI PUTRAJAYA


untungnya PUTRAJAYA?



Rata-rata pelawat ketika menjejakkan kaki ke PUTRAJAYA pasti akan kagum. Kagum dengan prasarananya, kagum dengan lanskapnya dan kagum dengan nilai seni yang melatari setiap inci ruang Putrajaya. Putarajaya, merupakan pusat pentadbiran negara yang berstatus pintar ini sudah menjadi Bandaraya yang elitas. Penghuninya juga dari golongan yang elit dan pengunjung juga terdiri daripada kalangan super yang berbagai kebolehan dan kepakaran.
Hari minggu yang lalu sesekali melewati Putrajaya bersama keluarga begitu menyeronokkan. Dapat rakam apa yang menarik sudah membangkitkan semangat yang tak keruan. Ada ghairah, ada syahdu dan pelbagai perasaan datang bertubi-tubi menjentik jantung hati.
Ketika berkelana melewati satu lagi mercutanda iatu MASJID BESI, hati tiba-tiba terdetik dengan perasaan 'wuiiiiyo!' Pandang di kiri rasa terperanjat dan pandang di kanan rasa terkagum dan tercangak-cangak atas dan bawah rasa ' mak-datuk!'. Macam rusa masuk kampung! pun ada. Dari ruang-ruang yang lopong itu aku sempat merakamkan beberapa shoot yang menarik 'view' (daripada pandangan mata kasar akulah orang lain aku tak tahu) dan sedikit interiornya. kemudian persekitaran kiri dan kanannya yang saujana mata memandang.
Masuknya waktu asar, azan bergema. Jemaah mula datang, dari seorang ke seorang. Selesai solat qabliah asar, aku meluru ke hadapan saf. "Aaaa... mana jemaah lain ni... takkan 4 orang di kanan dan 3 orang di kiri, yang lain tak datang solat ke?" Soalan jahat dari hati terpantul tiba-tiba. Soalan baik dari hati meluru..." penghuni yang sekitar sini solat kat masjid lagi satu kot?" Phew! Nasib baik imam sampai (biasalah imam datang lewat sikit) kalau tidak, silap-silap aku ditolak jadi imam!
Selesai solat pelbagai persoalan datang bertimpa-timpa. Semuanya bersifat 'question mark' yang tidak ada jawapan. Akhirul qalam, hati cuma mengucap Subhanallah dan sungguh beruntung menjadi resident Putrajaya, kalau di tempat lain nak dapat dirikan sebuah masjidpun macam-macam yang terpaksa diharung, dari asas modal hingga ke prosidurnya (birokrasi) kadangkala boleh menggagalkan sebuat niat yang suci. Tapi tidak di tempat elit ini, masjid godang-godang romannya tapi jemaahnya mana poie entah! Saf pertamapun jarang-jarang macam tiang lampu jaraknya. Hehehe...SELAMAT HINGGAP KE PUTRAJAYA!

Monday, October 26, 2009

YUSOF EMBONG



USTAZ YUSOF EMBONG.
Seorang guru/ pendakwah yang cukup wibawa. Cukup energetik dan sungguh sofistikated. Uslub dan metodologi dakwahnya seiring dengan zaman.
Penggunaan komputer riba dan power point sudah menggambarkan yang beliau memang komited dengan kerja dakwah. Dakwah baginya bukan kerja main-main. Bukan hobi sambil lewa tetapi ini betul-betul punya jalan!
Beliau bergerak dari satu surau ke satu surau memenuhi jemputan dan pergerakkan itu seolah-olah realiti hidupnya yang sentiasa berpindah-randah mengajar dari satu sekolah ke sekolah yang lain(pedalaman), menabur bakti kepada pertiwi. Perpindahan bukan atas sebab permohonan diri tapi 'PERMINTAAN ORANG ATAS' yang agak tidak selesa dengan dakwahnya. Menyampaikan kebenaran memang menyakitkan dan itulah jalan agung yang dia pilih sebagai bukti 'KITA HAMBA ALLAH' dan redhanya tulus pada ALLAH.
Kesungguhan dan keikhlasannya sebagai pejuang agama memang tiada nilainya. Barangkali seluruh BAJET 2010 jika dilambakkan kesakunyapun belum cukup untuk dikira sebagai upah sebuah pengorbanan yang tak ternilai ini. Semoga Ustaz YUSOF EMBONG terus istiqamah dengan perjuangannya. TAKBIR!

laluan sutera


Jarang-jarang dapat melihat suasana begini.
Awan bagai turun ke tanah dan melengkung dengan warna sedikit kilat biasan dari cahaya matahari yang semakin tenggelam di ufuk Barat.
Cahaya senjanya ronanya keemasan.

Thursday, October 22, 2009

RELEVANT!

AWAL PAGI
11/10/2009
MARKAZ BESAR PAS
BAGAN PINANG
port dickson.

hujan gerimis
seakan menangis
menanti sebuah keputusan
yang lahir dari budi yang membumi.
KEBENARAN BELUM MEMUNCAK.

... kembangmu menguning lagi.


KEBESARAN
bukan pada warna
KEKUATAN
bukan pada hebat
dan
KEAGUNGAN
itulah leluhurnya...
HATI dan BUDI